Istilah dan Sejarah I
Mengikut istilah Imam Ahmad Ar Rifai, Makrifatullah adalah:
Pengenalan kepada Allah swt menerusi kesedaran yang jati di mana seorang itu benar-benar sedar atau dikejutkan kepada KewujudanNya atau KeesaanNya atau KebesaranNya: Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat Dalam Meniti Makrifat Kepada Allah, 42 (1994)
Syed Sabiq berpendapat bahawa Makrifatullah adalah keperluan asas untuk kehidupan kerohanian kita. Beliau menulis:
Makrifat kepada Allah Ta’ala itulah yang merupakan asas atau fundamen yang di atasnya didirikanlah segala kehidupan kerohanian: Sayid Sabiq, Aqidah Islam, 30 (1988).
Imam Ghazali berpendapat bahawa wajib kita mengenali siapa yang kita sembah sebelum menyembahNya. Beliau menulis:
Wajib bagimu mengenali dahulu siapa yang harus disembah setelah itu baru engkau menyembah-Nya: Imam Ghazali, Minhajul Abidin, 24 (1997).
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa tanpa pengenalan kepada Allah swt (Makrifatullah), ibadah seseorang itu tidak akan sempurna.
Manusia tidak akan beribadah secara sempurna kepada-Nya tanpa makrifat yang sesungguhnya: Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
Kerana itulah jumhur ulama khalaf dan salaf mengatakan, “Awaluddin Makrifatullah” iaitu awal agama mengenal Allah swt : [Mohd Sulaiman Hj Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, 39 (1992)] .
Mustahaknya makrifatullah kepada kita adalah kerana Allah swt mencipta Jin dan Manusia untuk satu perkara sahaja iaitu menyembahNya. Allah swt berfirman yang bermaksud:
Tidak-Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku : Adz Dzaariyaat (51):56
Ibnu Abbas dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mentafsirkan ayat, “Tidak-Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku” sebagai “Tidak-Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengenali-Ku”: Al Quraisy An Naisaibury, Risatul Qusyairiah, 8 (1997); Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
Kerana pentingnya seseorang mengenal akan Tuhannya sebelum menyembahNya maka Allah swt di alam azali lagi telah mengenalkan roh kita kepadaNya. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Benar (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi“: Al Araaf (7):172
Allah swt berbuat begitu supaya kita tidak mengatakan yang kita tidak menyembahNya kerana tidak mengenaliNya ataupun kita mengikut agama nenek-moyang kita justeru itu kita tidak boleh dipersalahkan. Sehubungan dengan ini, Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang lalai terhadap ini (kerana tidak diberi pengenalan)“ : Al Araaf (7):172
Atau agar kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu” : Al Araaf (7):173
Apabila roh kita (yang sudah mengenali Allah swt) di masukkan ke dalam jasad kita semasa kita dilahirkan maka dengan itu kita semua dilahirkan beragama Islam. Namun kerana dendam kesumat Iblis, syaitan dan sekutu-kutunya, mereka mengoda manusia supaya kita lupa akan pengenalan yang diberi kepada kita di alam azali justeru itu mereka dapat menyesatkan kita. Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Aku (Allah) telah menciptakan kesemua hamba-hamba-Ku beragama Islam tetapi syaitan telah menggoda dan menyesatkan mereka daripada agama mereka: Terjemahan At Tirmidzi Bk. 4, 271 (1993)
Sesudah mereka sesat maka sesat pula zuriat-zuriat mereka. Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Setiap anak Adam dilahirkan beragama Islam kedua ibu-bapa mereka yang menjadikan mereka itu Yahudi dan Nasrani: Translation of Sahih Al Bukhari Vol. 8, 389-390 (1984); Terjemahan At Tirmidzi Bk. 3, 635-636 (1993)
Manusia benar-benar berada di jurang neraka namun, Alhamdulillah, kerana rahmat Allah swt mendalui kemurkaanNya, Allah swt telah menghantar lebih dari 124,000 nabi-nabiNya untuk membimbing manusia kembali mengenaliNya semula dan menyembahNya. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu: Ali Imran (3):103
Kalau tidaklah kerana karunia dan rahmat Allah kepada kamu tentulah kamu mengikut syaitan kecuali sebahagian daripada kamu. An Nisa (4):83
Sehubungan dengan ini, Rasulullah (saw) juga ada bersabda yang bermaksud:
Rahmat-Ku (Allah) mendahului kemurkaan-nya. Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 685 (1994)
Di dalam Al Hadis (Miskatul Masabih) ada tertulis bahawa Allah swt ada menghantar lebih daripda 124,000 nabi-nabi termasuk rasul-rasul.
Lebih daripada 124,000 Nabi-nabi (termasuk Rasul-rasul). Al Hadis (Miskatul Masabih) Vol. 4, 200 (1994).
Disambung minggu hadapan. . .
| Category: gnosticism | 5 comments | Leave a comment
June 2nd, 2009 at 4:32 pm
Terma kasih Ustaz. Semoga ruangan ini dapat menambah ilmu pengetahuan kepada kita semua. Amin.
June 3rd, 2009 at 8:20 am
Jika, Makrifat kepada Allah Ta’ala itulah yang merupakan asas atau fundamen yang di atasnya didirikanlah segala kehidupan kerohanian, Tidakah ia harus diajar kepada anak anak kita di peringkat awal seperti di madrasah atau kelas agama minguan.
Saya telah berbicara tentang apa yang diajar ol;eh Ustaz kepad beberapa teman. Tetapi jawapan yang selalu saya terima ialah ilmu Makrifatullah adalah ilmu agama islam yang sangat dalam dan mereka tidak mahu mempelajarinya kerana kononnya ilmu syariah mereka belum cukup.
June 3rd, 2009 at 1:06 pm
Alhamdulillah, di seminar Makrifatullah kami di Singapura yang kini dibuat setiap awal bulan, kami dapat mengajarkan ilmu ini kepada anak-anak termasuk mereka yang di bawah umur 12 tahun. Daripada pengalaman kami kanak-kanak berumur 10 tahun keatas dapat memahami ilmu ini kerana itu kami sentiasa buka seminar kami kepada kanak-kanak ataupun kepada kesemua ahli keluarga. Kami juga pernah buka seminar ini kepada yang bukan Islam mereka juga memahaminya dan kagum Islam mempunyai Ilmu ini. Semasa mengadakan seminar di Johor Bahru, ramai asatizah meminta saya mengajar ilmu ini di madrasah-madrasah di Johor Bahru khasnya dan Malaysia amnya kerana ianya memperkuat aqidah. Sayangnya, pada masa ini saya belum ada masa untuk berbuat begitu, insya-Allah di hari depan mungkin.
Jumhur ulama mengatakan “Awaludin Makrifatullah” dan Rasulullah (saw) ada berpesan kepada para sahabat sekiranya mereka bersua dengan kaum yahudi yang mahu beriman kepada Allah swt, kenalkan mereka kepada Allah dahulu sesudah itu baru beritahu sembahyang 5 waktu itu adalah wajib. Di sini kita lihat bagaimana peri pentingnya Makrifatullah kepada seseorang yang mahu beriman kepada Allah. Kerana inilah Allah sudah memperkenalkan DiriNya kepada kita di dalam azali lagi: sila rujuk Surah Al Araaf (7):172-173 yang tertera di atas ini. Sayangnya, syaitan-syaitan sudah mengelirukan umat manusia dan membuat mereka berfikir Makrifatullah itu hanya untuk yang sudah tinggi ilmunya. Bukankah ini bercangggah dengan pandangan Rasulullah (saw) dan jumhur ulama? Maka adalah tugas kami membanteras tipu dayah syaitan ini untuk membena umat Islam yang kuat iman mereka dan tidak dapat dipesongkan aqidah mereka dengan senang menerusi apa yang turun daripada pintu globalisasi.
June 3rd, 2009 at 7:08 pm
Jazakallah Khairan
June 12th, 2009 at 4:30 pm
Alhamdulillah terima kasih Ustaz di atas penerangan yang cukup jelas sekali. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang mencari ilmu Makrifatullah. Semoga Allah merahmati Ustaz sekeluarga selalu. Amin.