Jam Dinding
oleh Amran Abdul Wahab
Walaupun kau berdetik bising
Namun kau tidak pernah runsing
Engkau pengamanah
Manusia juga yang lalai kering
Mata selalu menjeling
Memperhatikan tanganmu berpusing
Bukan untuk menunggu masa yang terjamin
Di hujung waktu mula mengelapah
Baru berwuduk mencari sejadah
Mahu merendahkan diri pada Si Penjamin
Wahai jam dinding
Engkau sungguh ta’at menjalankan tugasan mu
Tiada pernah engkau menerima rasuah
Untuk melambatkan waktu
Begitu juga kawan rapatmu
Hang mentari, Sri purnama
Kamu berganding bahu
Menjalankan perintah Tuhan mu
Sesaat pun engkau tidak pernah jemu…
Taat selalu…
Wahai jam dinding
Aku tahu engkau memang amanah
Pada Tuhan mu
Yang juga Tuhan ku
Demi masa …..
Firman Allah Tuhan semesta
Kerugian bagi mereka yang melekakan kamu
Meranalah nanti mereka di hari tua
Masa muda mereka membuang masa
Masa berada pula berfoya-foya
Membuang harta dan masa begitu saja
Mengigit jarilah nanti akhirnya
Wahai jam dinding
Engkau penjaga waktu
Ramai yang tidak mengendahkan kamu
Sesaat detikmu
Nilai manusia menjadi sia-sia sesaat itu
Kesedaran tiada wujud
Bagi yang melekakan kamu
Wahai jam dinding
Bila kau berhenti berpusing
Waktu itu tiada sesiapa pedulikan sekeliling
Di waktu itu pintu taubat sudah menjadi asing
Padang berumput menjadi kering
Bumi dan langit dilipat tidak bertebing
Kerugian manusia pasti terjamin
Wahai manusia beringatlah selalu
Ingatlah akan firman Tuhan mu
Ingatlah akan pesanan Rasul mu
Masa tiada waktu mengejar kamu
Jangan biarkan dirimu mengejar waktu
Hormati lah masa
Waktu itu baru berharga diri kamu
Demi masa…
Benar firman Tuhanku
Written by: Amran Abdul Wahab | Category: poetry | 2 comments | Leave a comment
June 12th, 2009 at 12:42 pm
Alhamdulillah. Terima kasih sdra Amran.
Semoga ianya menjadi pedoman dan peringatan buat kita semua.
June 15th, 2009 at 9:19 pm
Salam bro Amran,
My dehydrated mind was poured with cool milk of wake up knowledge .Regards.Aisha