Seminar Makrifatullah 2010
SEMINAR MAKRIFATULLAH
Oleh Ustaz Hj Hussien Bin Abdul Latiff
Ahad, Jam 9 pagi hingga 1 tgh hari
Pada 06 hb ataupun 20hb JUNE 2010
Tempat: #04-00 Bangunan PKMS, 218F Changi Road, Singapura 419737
[Berdekatan dengan Masjid Darul Aman]
Untuk Pendaftaran: Tel. 83994308/84887323
Yuran: Seiklas hati
(Nota dan Sijil Kedatangan akan diberi)
For those interested in having the above Seminar conducted in English, please register your name and contact number so as to enable us to contact you once there is enough participants.
Harap maklum bahawa hari sabtu (05hb & 19hb JUNE ’10) jam 8 hingga 10 mlm ada klas untuk mentelaah syarahan-syarahan YANG TERKINI.
Juga diberitahu bahawa klas hari selasa masih diteruskan macam biasa TETAPI syarahan mengikut aturan baru.
Klas hari Rabu jam 8-10 mlm berjalan seperti biasa, harap maklum
Semua seminar dan kuliah dikelolakan oleh INTERNATIONAL PROMOTIONAL AGENCY (IPA)
| Category: news | 3 comments | Leave a comment
June 12th, 2009 at 12:38 pm
Insya Allah. Terima kasih Ustaz.
July 5th, 2011 at 10:12 am
Ustaz ni ajar makrifatullah? Siapa guru ustaz? Ma’rifah ni bukan benda main2.
July 16th, 2011 at 11:56 pm
Saya mengajar Ilmu Tasawuf yang membawa ke Makrifatullah. Saya mengajar ilmu bukan wirid ataupun zikir yang di ajar atau dilatih tanpa mengajar ilmu Tasawuf. Sesudah mereka mencapai makrifatullah yang tinggal adalah Ibadah mengikut Syariah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Kerana itu, mereka yang belajar Ilmu Tasawuf dengan saya tidak perlu baait, zikir lisan, Qalb dan Sirr. Rasulullah saw memesan para sahabat apabila berjumpa dengan ahli kitab (yang belum memeluk agama Islam) pujuk mereka beriman kepada Allah swt sekiranya mereka bersetuju kenalkan mereka kepada Alla swt (Marifatkan mereka) selepas itu beritahu mereka sembahyang 5 waktu itu wajib. Mengikut sirah Islam Tasawuf sudah ada sebelum ada agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Apabila Rasulullah saw hijriah ke Madinah 400 ahli Tasawuf turun dari lembah dan pergunungan untuk memeluk agam Islam di tangan baginda. Mereka ditempatkan bersama sahabat-sahabat yang tiada tempat tinggal dan mereka digelar “Ahli Sufah”. Sistem Tariqat timbul 300 tahun selepas Hijriah dan ditolak oleh ahli-ahli sufi yang awal yang mengaiar Tasawuf. Kami adalah mereka yang mengikuti ahli-ahli sufi yang awal yang mengajar Tasawuf tanpa sistem Tariqat. Kami digelar oleh Mujtahid Islam Ahmad Sirhindi sebagai “Tasawuf Jalan Nabi-nabi.”