Allah Jua Yang Tahu
oleh Amran Abdul Wahab
Mana saja engkau bersembunyi
Tiada tempat tiada ruang
Yang kau boleh bersembunyi diri
Dalam gelap pun Allah tahu
Apa ilmu yang kau guna pakai
Jangan kau mahu temberang
Kau bukan hero
Si Mamat parang tajam
Yang kaki temberang
Allah jua yang tahu
Akan tingkah laku mu
Dia tiada perlu kehadiranmu
Hanya Dia mahu engkau sujud padaNya
Itu pun sukar buat mu
Berbagai alasan kau lagukan
Berbagai rentak kau tari kan
Kau ingat kau dah pandai
Kau lupa daratan
Engkau perkecilkan Tuhan
Allah jua yang tahu
Depan guru …..
Depan sahabat …..
Kau sungguh hebat
Pijak semut pun tidak mati
Engkau lupa Allah Maha Tahu
Dengan siapa kau hendak menipu
Insaflah diri mu
Berlebihan derajatmu
Tanpa Allah
Kamu ada ke
Wujud Allah
Wujud ke kamu
Sesungguhnya
Dia dekat dengan mu
Lebih dekat dari urat tengkok mu
Tiada ke kau malu
Sesungguh nya
Allah Maha Tahu
Written by: Amran Abdul Wahab | Category: poetry | 1 comment | Leave a comment
July 21st, 2009 at 2:46 pm
Alhamdulillah tahniah sdra Amran, semoga dengan sajak ini memberi kita kesedaran akan keagungan Zat Allah.