AKU BACA AKU DENGAR
Poem of Mr. Suratman Markasan – A Guest of Amran dan Hussien
AKU BACA AKU DENGAR
PERTANYAAN ANAK KEPADA AYAHNYA
DI SEBUAH PADANG PASIR YANG LUAS
Ayahku!
Guruku bilang‘ke mana saja kamu mengadap di situlah wajah Allah’
tapi di keliling saya ini sekarang hanya pasir semata tidak saya lihat apa-apa pun juga!
Baik di dekat sini atau pun di jauh sana
apatah lagi melihat Allah!
Anakku!
Jika kamu memandang dengan matamu tentu kamu tidak nampak gubuk tua kita;
di mana pun di padang pasir kontang ini tapi jika kamu memandang dengan mata-hatimukamu tahu letak gubuk yang terbuat daripada batu dan pasir itu kerana kamu ada ilmu di mana letaknya gubuk itu jadi kamu perlu punya ilmu mengenal Allah dahulu baru kamu dapat melihat Allah!
Ayahku!
Ilmu mengenal Allah itu bukankah berkhaluat dengan Allah di tengah sepi malam dan siang lalu berzikir yang panjang tidak ada sudahnya Astigafirullah! Astagfirullah! Astagfirullah!
Allahumasolli-ala syadina MuhammadWaala alihi wasahbihi wassallim!
Allah! Allah! Allah!
dan kemudian kita mendapat bai’at dari guru kita!
Anakku!
itu tidak betul anakku, tidak!
Melainkan ilmu mengenal Allah itu; kamu yakin sungguh-sungguh
bahawa setiap yang wujud di bumi di langit
adalah ciptaan Allah anakku!
Dan di sebalik ciptaan-ciptaan itu ada dzat-Nya
jadi di balik pasir-pasir ini dan pasir itu ada dzat-Nya
‘Tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan diketahui-Nya
dan setiap atom yang jatuh dalam kegelapan bumi
baik yang lembap ataupun yang kering; semua itu diketahui Allah!
Dan hendaklah kamu sentiasa mengingat Allah di hatimu!
Berzikirlah dengan hatimu bukan dengan mulutmu!
Itulah ertinya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat!
Ayahku!
Jadi Allah itu ada di mana-mana
ada di Saudi Arabia Gazza Baghdad Parsia Shina Amerika
ertinya Allah itu lebih daripada satu?
untuk melihat kejahatan dan kebajikan manusia semuanya
Anakku!
Itu salah!
Itu tidak betul anakku!
Allah itu Tunggal Allah itu Yang Maha Esa!
seperti mentari itu kelihatan di Suadi Arabia Gazza Baghdad
Parsia Shina Amerika
kelihatannya banyak tapi sebenarnya satu
Allah itu Al-Baari’u Allah itu Maha Penata
penata pergerakan mentari dan segala cekerwala di pasaknya
penata manusia di bumi dan segala organ di dalam tubuhnya
Ayahku!
Jadi saya keliru saya salah ayahku
maafkan atas kebebalan saya ayah!
Ampuni hamba-Mu yang kerdil hina-dina ini ya Allah
ampuni hambu-Mu yang doif ini Ya Allah!
Anakku!
dulu kamu sering bilang sekolahmu itu letaknya
jauh tapi dekat! Dekat tapi jauh!
kerana ilmu kamu belum sempurna
Tapi sekarang kamu tahu beda jauh dan dekat!
Benarlah Allah itu jauh bagi mereka yang buta
tapi Allah itu dekat bagi mereka yang celik!
Suratman Markasan
13 Syaaban 1430 – 4 Ogos 2009
Woodlands Avenue One
Tahukah kamu di mana ayah menyimpan dinarku?
Tentu kamu tahu, tika ayah meletakkanya di dalam pundi
kerana kamu menyaksikannya ketika itu
lalu ayah meletakkan pundi itu di dalam peti
ibumu yang melihatnya kamu tidak
tapi ibumu tidak tahu berapa dinar semuanya
kerana yang menghitung ayah sendiri ibumu tidak!
Written by: guest of amran and hussien | Category: poetry | 4 comments | Leave a comment
August 13th, 2009 at 11:19 am
Airmata mengalir terus bila tertamu terhormat Encik Suratman Markasan menyampaikan puisi ini dgn penuh syahdu di hari permbukaan IPA. Masih terngiang ngiang di telinga dgn kata2 puisi ini. Penerangan yg amat terang dan jelas tentang “Ilmu Makrifatullah” pada sesiapa yg masih belum celik.
Siti/Mariam
August 13th, 2009 at 1:34 pm
Alhamdulillah, memang benar banyak yang mengalirkan air mata apabila Cikgu membacakan puisinya pada malam itu; MC kita pun tidak terkecuali. Semoga Allah swt sentiasa menerusi Cikgu Suratman Markasan, mengeluarkan mereka yang berada di dalam kegelapan kepada cahaya (Makrifatullah), insya-Allah, amin!
September 4th, 2009 at 6:15 pm
Benar kata Ustaz, syukur kepada Allah yang Maha Memberi ilham kepada hamba-hambaNya.
January 18th, 2010 at 12:53 am
Cantik susunan kata kata itu
membuat kita rasa terpaku dan terharu
melutut aku diatas batu,menghadap Mu
memohon pada Allah yang Satu
Ya Allah Ya Rabbi
Maha Suci dan Maha Menyayangi