Makrifatullah (Mengenal Allah SWT), VII

Published on August 17th, 2009 — 12:00am

11.              Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuanDzatNya.

Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka, akan tetapi bukan  kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang melempar: Al Anfaal (8):17.

Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami  angkut mereka di daratan dan di lautan: Al Israa (17):70.

Tidakkah kamu melihat Allah mengerak awan: Al Israa (17):70.

12.              Kalau DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) dan kesemua lakonan ciptaan sebenarnya adalah lakuan DzatNya maka dari sudut pandangan mereka yang sudah bermakrifatullah, kewujudan ciptaan tidak wujud. Prof. Muhammad Ramadhan Al Buti ada berkata:

Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 110 (1996).

Imam Ghazali berkata:

Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya: Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).

Rasulullah (saw) bersetuju dengan syair Labid yang berbunyi:

Sesungguhnya segala sesuatu selain daripada Allah, adalah bathil: Ibnu Taymiyyah, Fiqh Tasawwuf, 341 (2005).

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali: Mariam (19):9.

Kepunyaan Allahlah semua yang ada di langit dan di bumi: Ali Imran (3):109, 129; Al Baqarah (2):255; 284.

13.              Kerana DzatNya adalah batin kesemua ciptaan maka in juga bererti DzatNya adalah hakikat kepada kesemua ciptaan.

Akhirnya tentu bertemulah dengan hakikat. Mulanya tercapailah kasyaf iaitu terbuka rahsia yang senantiasa menyelubungi di antara kita dengan Dia. Terhindarlah hijab, iaitu dinding. Dinding tebal yang memisahkan di antara kita dengan Dia. Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 113 (1976)

BENTUK HAKIKAT MAKRIFAT
1. Belanga Lumpur Paya
2. Kertas Kayu Pokok
3. Cawan Kaca Pasir
4. Selipar Getah Pokok getah

Sesudah kita kenal hakikat kesemua ciptaan adalah Dzat justeru itu, kita pun tahu Dzat itu datang daripada Allah swt dengan ini, kita sudah mencapai Makrifatullah.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri. Asy Syuura (42):53.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Adz Dzariyat (51):20.

BENTUK HAKIKAT MAKRIFAT
Ciptaan Dzat Allah SWT

KENAL DIRI KENALLAH ALLAH (swt)”

DARIPADA HAKIKAT KEPADA MAKRIFAT”

Prof. H. Aboebakar Atjeh juga berpendapat pengetahuan tentang Hakikat dapat membuat seseorang itu memakrifatkan Allah swt. Beliau berkata:

Hakikat membuka kesempatan bagaimana saling mencapai maksudnya iaitu mengenal Allah. Hj. Aboebakar  Aceh, Pengantar Ilmu Hakikat & Makrifat, 72-73 (1992).

| Category: gnosticism | 8 comments | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



8 comments to “Makrifatullah (Mengenal Allah SWT), VII”

  1. Md reza

    Kenapa lah ikut kan nafsu sagat sampai kan kata org sesat …. Cobaan bagi ustz . Taubat ler Sudara zulkifli tak mo tergesa2 hukum kan seseorg itu sesat berat ni apa kamu nk jawab nanti di hadapan Allah nanti tapa selidik betol2 dan hidak malu kan seorg itu secara Awam . Dan in boleh datang kan fitnah. Moga2 Allah swt lindung semua Dari kesesatan tipu daya Satan iblis dan bisikanya ……amin .

  2. Hj azlan

    Janganlah kita menuduh sesaorang ITU sesat ….sampai mengatakan SATU Dari 27 golongan yang sesat…mana Ada 27tu Dari syaitan KE Dari rasullallah….

    Bertaubatlah ..janganlah kerana mulut kita yang tak dikawal..menjerumuskan kita KE neraka Allah ….muhasabahlah sebum membuat Tuduhan.

    Saudara memang lucu..sebagaimana ustaz cakap sebab ….saudara belum kenal diri lagi…wassalam.

  3. Q&A: TERMASUK RUANG DAN MASA? | YAMAS-Indonesia

    […] Hussien Latiff June 13th, 2012 at 2:02 am […]

Back to top