Feedback: Fatimah Binte Ibrahim
Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah diberi peluang menghadiri seminar Marifatullah bimbingan Ust Hj Hussein Abdul Latif, dimana dengan izin Allah ianya telah dapat mengubah kehidupan saya keseluruhannya. Dari seorang yang tiada keyakinan diri dengan izin Allah jua seminar ini dapat membuka minda saya sekali gus membentuk saya menjadi seorang yang berwawasan dan lebih “mantap” dalam melaksanakan ibadat kepada Allah. Didalam seminar ini saya diberi kefahaman dan peringatan pentingnya membetulkan aqidah dimana peserta sering diingatkan betapa pentingnya bersyukur, redha, tawakal, mengharap dan bergantung (berserah) hanya kepada Allah. Natijahnya kini saya bertambah kecintaan kepada Allah, lebih tenang dan tabah dalam menjalani kehidupan ini.
Akhir sekali bersyukur saya kepada Allah diatas Rahmat-Nya kerana berpeluang menimba ilmu dengan seorang pensyarah yang bersifat pendidik dan berharap siri-siri ceramah Marifatullah dapat diteruskan bagi menjana masyarakat Islam yang berilmu dan benar-benar beriman kepada Allah SWT.
-Fatimah Binte Ibrahim, Pasir Ris
| Category: feedback | 1 comment | Leave a comment
November 29th, 2013 at 6:24 pm
Bagaimana nak menghubungi serta nak tau program ini bakal dianjurkan…ader no tel x utk dihubungi???