Feedback: Raheeman Adam

Published on September 8th, 2009 — 2:03am

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-

Alhamdulillah saya telah diberi peluang dan dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat Ilmu Marifatullah ini dan berterimakasih pada Ustaz Hussein kerana telah menyampaikan ilmu ini dengan berkesan sekali.
Keberkesanan Ilmu Marifatullah amat berkesan pada diri saya dalam menghadapi pasang surut kehidupan ini dimana saya lebih bersyukur dan redha diatas segala ketentuan Allah SWT. Saya lebih redha diatas segala ujian-Nya yang datang kerana menyedari bahawa “Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.”
Ketenangan dan kenikmatan beribadah lebih terasa. Dengan izin Allah segala ibadah yang dulunya berat menjadi ringan dan mudah. Tiada lagi bergantung harapan pada manusia, karamah dan benda-benda ciptaan yang lain. Hanya Allah SWT lah tempat meminta dan bergantung kerana Dia Maha Segala-galanya. Semoga hati ini dapat sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa berada di jalanNya, Insya Allah.
Saya berdoa agar Ilmu Marifatullah ini dapat berkembang dan disampaikan pada lebih ramai lagi masyarakat Islam kita disini mahupun di seluruh dunia. Insya Allah, Amin.

-Raheeman Adam, Hougang

| Category: feedback | no comments yet | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



Back to top