Feedback: Abu Bakar Bin Abd Karim
Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillahir Rahmanir Rohim.
Bermula segala puji dan puja bagi Allah sekelian alam. Dengan taufik hidayah cahaya dan rahmat-Nya saya seolah-olah terpanggil ke majlis ilmu Makrifatullah atau “Awal Ugama Mengenal Allah” yang di bimbing oleh Ustaz Hj Hussien Bin Abd Latiff di bangunan PKMS.
Saya yakin dengan tahkiknya bahawa Ustaz Hj Hussien, ialah seorang hamba Allah yang arif dengan ilmunya yang di anugerah dan dikurniakan dari sisi Allah. Dengan yang demikian ia dapat menyusun ilmu jalan ke Makrifatullah jelas, khusus dan tepat.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin takdir Allah jua saya telah mendapat ilmu ini yang saya mencari sejak tahun 1958 (bersama seorang teman) daripada beberapa teman dan guru. Sehingga tahun 2008 baru kedapatan.
Ringkasnya apabila anda telah rapat, dekat dan di dekatkan, mengenal dan di kenali, kasih dan di kasihi, segala-gala jawapan anda sendiri yang tahu dan sedar akan perbezaan, perubahan-perubahannya. Bak kata peribahasa “Tak kenal dan tak jumpa tak akan datang cinta”. Wallahua’lam.
-Abu Bakar Bin Abd Karim, Eunos Crescent
| Category: feedback | no comments yet | Leave a comment
You can leave a comment via:
You can leave a comment through facebook (above) or the form below: