Feedback: Zainal Bin Anan
Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Memang tepat sekali peribahasa melayu , ‘bagai katak bawah tempurung’
Inilah keadaan saya sebelum mempelajari ilmu MARIFATULLAH.
Selepas kurang lebih 30 tahun, barulah saya diberi hidayat dan taufiq oleh Allah swt untuk mempelajari ilmu ini.
Subhanallah! Alhamdullilah! Sungguh menakjubkan!
Saya belajar ilmu ini menerusi kuliah kuliah yang di sampaikan oleh Ustadz Hussein Bin Abdul Latiff sejak tahun 2006.
Selepas mendalami pelajaran ilmu ini, saya sedar akan pentadbiran Allah Azza Wajalah di langit dan di bumi. Sungguh terang dan nyata sekali. Kesedaran demi kesedaran diiringi dengan keinsafan sehingga timbul suatu pandangan yang amat luas kebesaran Allah swt tanpa batasan.
Sebelum makrifah, ibadah saya seperti manisnya buah dan sesudah itu, manisnya seperti madu. Yang berkesan sekali ialah nikmatnya beribadah dan ketenteraman jiwa. Pandangan kejadian yang terbentang seharian, dapat dilihat betapa Allah swt Maha Pengatur. System system pentadbiranNya sungguh tersusun dan tiada satupun yang Dia adakan sia sia.
Banyak lagi hujah hujah berkenaan ilmu ini yang boleh saya kongsi bersama. Inshallah akan saya teruskan mendalami ilmu ini dengan menghadiri kuliah kuliah berlanjutan.
Saya akhiri dengan beberapa pantun.
Waktu bayi, nak sesuatu nangis melolong
Sesudah dewasa, angkuh dan sombong
Sebelum makrifah, blur macam sotong
Sesudah itu, ilmuNya tiada penghujung
Tikar mangkuang tikar asli
Tikar plastik tikar baru
Orang makrifah tengok dengan ‘mata hati’
Orang ikhsan pandang hanya pada yang Satu
Sarapan pagi mi siam dan lontong
Makan tengah hari berulam jantung
Hidup didunia tiada yang rugi mahu pun yang untung
Hanya pada Allah kita sembah dan tempat bergantung
Dunia diluar adalah dunia didalam
Dunia didalam adalah dalam dunia didalam
Sebenarnya kita diushakan dan difikirkan
Bukan masok bakul angkat sendirian
Wallahualam bissawab
Zainalanan 2009
-Zainal Bin Anan, Bukit Batok
| Category: feedback | no comments yet | Leave a comment
You can leave a comment via:
You can leave a comment through facebook (above) or the form below: