Lima Belas Saat Kemudian
Lihatlah di sekeliling kamu
betapa indah nian ciptaan Tuhan
alam yang berwarna warni…
kicauan bunyian ungas
desiran air terjun berirama kesyahduan
ahhhh… indah lukisan Tuhan…
Pada yang beriman
tiada apa kedengaran di kupeng nya
tiada apa terlihat dek mata nya
tapi …..
hanya Rabb Nya
yang ada …..
susah nak di kata
oleh mulut nan berdosa ..
hanya minda jauhari tahu
nilai nya manikam …
Yang dalam kefanakan cinta dunia..
menjadi alpha ..
hilang didalam khayalan
tiada haluan …
Namun lima belas saat kemudian
Tanpa disangka…
perubahan datang mendadak…
yang menderita bertambah merana
yang bersuka ria jadi derita
yang terlupa ..
aduuuuuuh… apa yang hendak dikata…
Tergesa gesa beringat semula
masa sudah terlambat
sudah hilang daya
minda hilang kuasa
dek diselimuti lalai dan lupa…
Kepada Nya jangan engkau tanya
Kerana Kuasa Dia punya
Kebenaran hak milik Nya
Dia berhak mengurniakan
kepada sesiapa saja Dia suka….
engkau yang memerlukan
Rahmat Nya….
Mampukah engkau redha
sebagaimana Dia meredhai mu
Jangan sesudah lima belas saat kemudian
Engkau hilang pegangan …
Engkau hilangan arah tujuan
Ingatlah …
Dugaan Nya amat sukar
Untok engkau tawan ….
Kepahitan Nya
Amat sukar untuk engkau telan
Dia tidak menzalimi kita sekelian ….
Kalau engkau sayang Kepada Nya
Sentiasa lah ingat kepada Nya
Yang Maha Kesian …
Yang kaya Rahmat
Pasti tiada kesukaran
belum sempat mata mu berkelipan
engkau dapat penjelasan
dapat engkau meraihkan
Nanti engkau faham
bahawa engkau ini ciptaan
oleh Yang Maha Ihsan ….
Dari Dia kita datang ..
kepada Dia kita kembali …
Ya Allah …. berilah aku keredhaan Mu
Aku tiada mahu kerugian
walaupun sesaat ..
berilah aku kefahaman
agar aku dapat mempraktikkan
Amanat Mu …
Yang gunung pun tidak mahu kerjakan ….
Plilihlah Aku
Mengarung jersi Mu …
Orang dibawah Rahmat Mu…
Amin
Aku yang mengharapkan
Amran AW
20 Nov 2009
Written by: Amran Abdul Wahab | Category: poetry | 2 comments | Leave a comment
November 26th, 2009 at 3:34 am
Jika cinta Allah smpai kelubuk Qalbi maka cinta kepada yg lain akan tersingkir….cintailah allah,cintailah ilmu.ya allah terimalah cinta hmbamu yg hina mengharap redha ilahi dn keampunan.
January 29th, 2010 at 5:23 pm
Segala-galanya dengan Rahmat Nya