PUISI MAKRIFATULLAH – 1

Published on November 16th, 2009 — 7:28am

A. SEJARAH

Allah yang ada pada permulaan
Tidak ada apapun bersama Tuhan[1]
Apabila “Kun” Dia berfirman
Maka terjadilah kesemua ciptaan.[2]

Dikumpulkan roh kesemuanya
Kepada roh dikenalkan DiriNya
Ikrar mereka semua diambilNya
Pengenalan sudah mereka terima.[3]

Supaya manusia tidak mengata
Mereka tidak menyembahNya
Kerana tidak mengenaliNya[4]
Atau ikut agama moyang mereka.[5]

Ketika manusia akan dilahirkan
Roh yang sudah mengenali Tuhan
Dimasukkan ke dalam badan
Beragama Islam mereka dilahirkan.[6]

Apabila dilahirkan sahaja
Menangis bayi tidak terkira
Nabi Muhammad ada bersabda
Mereka diganggu syaitan durjana.[7]

Syaitan mulai menganggu manusia,
Semenjak manusia lahir di dunia
Kerana mereka menuduh kita
Penyebab mereka terkeluar syurga.[8]

Maka berperangailah manusia kini
Dari bayi sehingga dewasa tiada henti
Digoda syaitan yang menanti
Di depan, belakang, kanan dan kiri.[9]

Sesudah mereka disesatkan
Anak-anak mereka berikutan
Kafirlah generasi berterusan
Tanpa pertunjuk dari Tuhan.[10]

Lebih 124,000 nabi dihantar Tuhan[11]
Membantu manusia kepangkal jalan
Kalau tidak, ramai mengikuti syaitan
Masuk ke neraka di hari kemudian.[12]

Setiap nabi yang dihantarkan
Kepada umat mereka dikenalkan
Kewujudan hanya satu Tuhan
MenyembahNya, satu kewajipan.[13]

Utusan yang akhir dihantar Tuhan
Muhammad, nabi penghabisan
Baginda juga rahmat Tuhan
Untuk manusia sekalian.[14]

Setelah wafatnya baginda,
Para sahabat berdakwah pula[15]
Disusuli Tabiun dan pengikut mereka
Sesudah itu Arif-Billah bertugas pula.[16]

mpuisi1a

Namun di akhir abad 3 hijriah
Pembaruan datang menerjah
Pengajian Tasawuf berubah
Perjalanannya kini berpecah[17]

Jalan Tasawuf berpecah dua
Satu ikut jalan yang lama
Satu lagi ikut jalan baru pula
Masing-masing ikut hala mereka.[18]

Seorang Mujtahid Islam, Sirhindi
Memberi nama kedua-dua jalan ini
Yang lama, Tasawuf Jalan Nabi-nabi
Yang baru, Tasawuf Jalan Wali-wali.[19]

mpuisi1b

B. ARIF-BILLAH

Arif-Billah  adalah orang pilihan Tuhan[21]
Dilengkapkan Allah rahsia dan ilmuan [22]
Menjadi pembimbing manusia sekalian[23]
Yang mencari pengenalan kepada Tuhan.

Merekalah orang-orang Tuhan,
Kedudukan mereka menakjubkan 
Satu stesyen dibawah kenabian[24]
Timbalan nabi atau rasul Tuhan. [25]

Mereka pegawai kerohanian Tuhan[26]
Membawa keamanan dan kesentosaan
Serta kesejeterahan dan kemakmuran[27]
Adanya mereka, negara keberkatan[28]

Maka lekaslah mencari mereka[29]
Sebelum kewafatan mereka semua[30]
Dengar dengan teliti syarahan mereka[31]
Sehingga Makrifatullah tercapai anda. [32]


Bibliografi

[1] Translation of Sahih Al Bukhari, Vol. 9, 381 (1987)

[2] Ali Imran (3):47; An Nahl (16):40.

[3] Al Araaf (7):172.

[4] Ibid.

[5] Al Araaf (7):173

[6] Terjemahan Sahih Muslim Bk.4, 865 (1994)

[7] Terjemahan Sahih Muslim Bk.4, 228 (1994); Terjemahan At Tirmidzi Bk. 4, 271 (1993). Translation of Sahih Al Bukhari Vol. 8, 389-390 (1984).

[8] Terjemahan At Tirmidzi Bk. 4, 271 (1993).

[9] Al Araaf(7):16-18.

[10] Translation of Sahih Al Bukhari Vol. 8, 389-390 (1984).

[11] Al Hadis (Miskatul Masabih) Vol. 4, 200 (1994). Mengikut Nabi Isa (as) 144,000 Nabi-Nabi diutuskan oleh Allah swt : Gospel of Barnabas, 18 (?).

[12] Al Araaf (7):18.

[13] Al Mukminun (23): 31-32; Al Anbiya (21):25.

[14] Al Ahzab (33):40; Al Anbiya (21):107.

[15] Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 28 (1994).

[16] Al Araaf (7): 181.

[17] M.M. Shariff, Sejarah Islam dari Segi Falsafah , 312 (1994)

[18] Ibid, 318.

[19] Muhammad Abdul Haq Ansari, Sufism and Syariah, 211 (1986).

[20] Abu Al Wafa Al Ghanimi, Perkembangan Tasawwuf Islam, 19 (1996); Hamka, Perkembangan Tasauf dari Abad ke Abad, 110 (1976).

[21] Terjemahan Sahih Muslim Bk. 1, 261 (1994)

[22] Syeikh Abdul Qadir Al jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).

[23] Ibid.; Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 140 (1994); Al Araaf (7):181.

[24] Ibid.

[25] Syeikh Abdul Qadir Al jilani, Futuh Ghaib, op cit, 95.

[26] Syeikh Abdul Qadir Al jilani, Futuh Ghaib , 180 (1990).

[27] Ibid; Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 140 (1994).

[28] Ibid; Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 140 (1994).

[29] Al Maidah (5);35.

[30] Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 112 (1994).

[31] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 95.

[32] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit 95..

Written by: | Category: poetry | no comments yet | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



Back to top