PUISI MAKRIFATULLAH 2

Published on November 27th, 2009 — 3:21am

A.              JALAN WALI-WALI (TARIQAT)

Pertama hendaklah anda mendapati
Pengetua Tariqat yang dicari
Mursyid atau Syeikh nama diberi[33]
Untuk menjadi murid di jalan ini.

Hendaklah periksa salasilah Pengetua
Mengesahkan dari mana datang ilmunya
Nama kesemua guru-gurunya
Berakhir kepada Nabi junjungan kita. [34]

Sesudah itu berbaiatlah dengan dia
Berjanji setia kepadanya[35]
Lalu diberinya kepada anda
Zikrullah untuk diamalkan sentiasa. [36]

Permulaan Zikrullah lisan diamali
Dari situ Zikir Qalb berganti
Akhir Zikir sirr diperolehi[37]
Sampai saat diam dan menanti.

Maka sabarlah anda menunggu
Sehingga turun ilham dari Tuhanmu
Pintu makrifat dibuka untukmu[38]
Pengenalan mendadak datang kepadamu. [39]

Sesudah Makrifatullah kamu mendapat
Maka pengajian kamu sudah pun tamat
Kepadamu ijazah dinobat
Salasilah dan Khirqah bersama disemat. [40]

Selepas ini majlis perpisahan diadakan
“Talqin” majlis ini dinamakan
Mursyid memberi beberapa pesanan
Sebelum kamu dilepaskan. [41] 

B.              JALAN NABI-NABI

Jalan Nabi-nabi tidak berinstitusi
Arif Billah, Pengetua Jalan ini[42]
Amat sukar dicari atau dikenali
Jarum peniti di dalam beras berguni

Sesudah anda bersua dengannya
Maka dengarlah syarahannya[43]
Pintu Makrifat dibukakannya
Makrifatullah dicapai serta merta[44]

Sesudah itu rahsia ilahi diajarkan
Peranan Loh Mahfuz dipamerkan[45]
Berkesinambungan dengan Dzat Tuhan
Takdir kini anda terima keseluruhan.[46]  

Inilah Islam maksud pengertian
Menerima sepenuh ketetapan Tuhan[47]
Menyerah diri dengan keseluruhan[48]
Tabah mengalami segala ujian. [49]

Kerana tabah menghadapi dugaan
Anda kini diredhai Tuhan
Dalam jemaahNya anda dimasukkan[50]
Orang-orang Allah nama diberikan.

Kini yang tinggal bagi anda
Beribadah kepada Tuhan Yang Esa[51]
Mengikuti segala SyariahNya
Diturunkan kepada Nabi junjungan kita. [52]

Bibliografi
[33] Aboebakar Atjeh,  Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, 49 (1977).
[34] Ibid.
[35] Ibid.
[36] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[37] Id, 50.
[38] Ibid.
[39] Abd Qadir Al Sufi, The Way of Muhammad, 169-179 (1997).
[40] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50.
[41] Aboebakar Atjeh, Op cit, 50
[42] Syeikh Abdul Qadir Al jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).
[43] Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 112 (1994).
[44] Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 140 (1994).
[45] Yasin (36):12.
[46] Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 112.
[47] Al Baqarah (2):208.
[48] Az Zumar (39):12; An Anaam (6):14; Al Anaam (6):71;Al Anbiyaa (21):108
[49] Al Ankabut (29):2.
[50] Al Fajr (89):27-30.
[51] Adz Dzaariyaat (51):56.
[52] Al Jaatsiyah (45):18.

Written by: | Category: poetry | no comments yet | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



Back to top