SESUDAH MAKRIFATULLAH, LOH MAHFUZ XII

Published on November 9th, 2009 — 10:30am

Kebanyakan mereka langsung tidak berilmu kerana Allah swt tidak memberi mereka ilmu langsung tetapi untuk kaum Adam Allah swt terus menerus memberi ilmu.

 

Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.[123]

 

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. [124]

 

Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.[125]

 

Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.[126]

Yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.[127]

 

Mereka sangat mundur dan senjata mereka hanya jampi-serampa, sihir-sihir dan bisikan-bisikan. Ini tidak akan dapat mempengaruhi robot-robot perang manusia. 

 

Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui..[128]

 

Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[129]

 

Jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.[130]

 

Sesungguhnya perbuatan berbisik itu adalah dari Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.[131]

 

Mereka tidak berjasad tetapi di hari muka kita alkan dapat melihat mereka, Alhamdulillah, hasil daripada projek Hybrid Embryonic (Campuran baka haiwan dan manusia).

 

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.[132]

 

Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu..[133]

 

Mereka sangat membenci Allah swt. Hati mereka penuh dengan kebencian kepada Allah swt. Mereka juga membenci apa sahaja yang bersangkutan dengan Allah swt. Mereka merasakan Allah swt telah menganiaya mereka dan tidak berlaku adil terhadap mereka. Justeru itu mereka menyembah Taghut sebagai satu penghinaan kepada Allah swt.

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. [134]

 

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. [135]

 

Penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.[136]

 

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain.[137]

 

Nabi Isa (as) cuba membaiki hubunga Iblis dan sekutu-sekutunya dengan Allah swt. Mari kita lihat percubaan Nabi Isa (as):

 

Isa:Hanya 2 perkataan diperlukan.”

Syaitan:Apa perkataan-nya?”

Isa:Maafkan kami.”

Syaitan:Suruh Tuhan memohon maaf kapada  
                           kami dahulu.”

Isa:Pergi kamu dari sini. Kamu-lah yang zalim  
           dan penyebab ketidak-adilan serta
            dosa. Tuhan adalah Maha Adil lagi Suci.”

 

Mereka langsung tidak ada perundangan. Kehidupan mereka tidak ada sandaran pada undang-undang langsung. Mereka sengaja membuat sesuatu yang berlawan dengan kehendak Allah.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[138]

 

Mereka sengaja hidup bergelumang dengan dosa. Mereka sengaja melakukan apa jua perkara yang Allah swt melarang.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [139]

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [140]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.[141]

 

Mereka menghalalkan yang haram dan keterlaluluan dalam perkara yang haram.

 

Mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah untuk dipandang baik oleh mereka.[142]

 

Syaitan pula memperelokkan pada mereka apa yang mereka telah lakukan.[143]

 

Maka hendaklah kita menundukkan mereka dan sesudah itu memerintah mereka serta membawa mereka kembali menyembah Allah swt. Dengan ini, kita sudah memenuhi tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah swt.

 

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh .[144]

 

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.[145]

 

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.[146]

 

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.[147]

 

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.[148]

 

ix.              Dengan menundukkan Syaitan yang durjana kehormatan Allah swt yang dicemuh oleh Syaitan dapat ditabalkan semula. Dengan itu, sebenarnyalah Allah swt Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui dan benar jugalah firmanNya dahulu yang bermaksud:

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.[149]

[123] Al Israa (17):70

[124] Al Baqarah (2):31-34

[125] Al Alaq (96):3-5

[126] Ar Rahman (55):3-4

[127] Al A’raaf (7):179

[128] Al Baqarah (2):102.

[129] An Nisa (4):76

[130] Luqman (31):33

[131] Al Mujadilah (58)10.

[132] Al A’raaf (7):27

[133] Al Baqarah (2):168;208; Al An’aam (6):142;Yusuf (12):5;Al Israa (15):53;AzZukhruf (43):62

[134] Al Baqarah (2):30

[135] An Nahl (16):36

[136] Al Baqarah (2):257

[137] An An’aam (6):68

[138] Al Baqarah (2):208

[139] Al Maidah (5):90

[140] Al Maidah (5):91

[141] An Nur (24):21

[142] At Taubah (9):37

[143] Al An’aam (6):43

[144] Fathir (35):6

[145] An Nisa (4):76

[146] Al Baqarah (2):193

[147] Al Mujadilah (58):22

[148] Al Ahzab (33):72

[149] Al Baqarah (2):30.

| Category: gnosticism | 4 comments | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



4 comments to “SESUDAH MAKRIFATULLAH, LOH MAHFUZ XII”

  1. MOHD ANIS BIN MOHD ARIFF

    Alhamdulillah terima kasih Ustaz.

  2. Abdul Rashid B Salleh

    sesiapa yang telah mempelajari & berpegang dengan ilmu ini maka, dengarlah nasihat atau pesanan ikhlas berikut utk diri ku & semua:-

    1. Jangan memandang rendah pada orang lain. Dengan bersikap ujub iaitu merasa dalam hati yang ia sudah hebat. Allah benci sifat ini.

    2. Bersikap bangga, bongkak & keras pada orang lain. Allah benci sifat ini.

    3. Bersifat keras pada orang lain. Dengan menolak pendapat orang lain dengan keras dan kurang berakhlak mulia.

    Jika sifat-sifat ini ada pada diri maka mintalah perlindungan dari Allah
    agar di anugerahkan dengan sifat-sifat yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw.

    Oleh itu, untuk mencantikan Ilmu Makrifatullah yang telah di anugerahkan oleh Allah swt pd diri maka, hayatilah pesanan ikhlas ini:-

    1. Berdoa sentiasa dengan sungguh-sungguh agar sifat-sifat Mazmumah
    dihindari oleh Allah swt. Jika tersilap atau terlanjur dengan pantas di ingatkan Allah swt. Langsung dengan segera beristighfar dan bertaubat.

    * Kita amat perlu pertolongan Allah swt. Yang menyeramkan kite ialah
    Allah swt berhak membolak-balikkan hati kita. Nauzubillah!

    2. Sayanglah pada semua manusia. Kita harus amat kasian kepada orang tidak atau belum mendapat ilmu ini. kita amat menyayangi Rasulullah saw bukan? Tetapi, adakah kita mengikuti sunnah-sunnah atau berusaha secara logik mencontohi akhlak Baginda. Kalau tidak, Jgnlah begitu ye.

    3. Hendaklah sentiasa berdoa agar Allah swt menganugerahkan mata hati
    kita melihat segala keburukan yang datang dari manusia atau keadaan, sebenarnya ujian Allah swt. Bukan dari manusia. Ini bukan mudah. Kita selalu tersandung beli orang menyakiti kita. Ingatlah semua ciptaan Nya hanyalah alat-alat Allah swt semata-mata. Peganglah Rukun Iman yang ke 6 yang sesungguhnya yang baik dari Allah. Dan yang buruk pun dari Allah swt. Yang sesungguhnya yang buruk itu adalah rahmat besar. Sebagaimana yang selalu kita ucapkan bahawa setiap keburukan itu pasti ada hikmahnya. Jadi kenapa kita tidak berdoa agar Allah menunjukkan hikmahnya agar menjadi pengalaman berguna buat diri dan berkongsi dengan orang lain dengan suci hati.

    Kesimpulannya

    Kepada yang masih diberi kekuatan pisikal amalkan ilmu Ulul Albab
    iaitu mereka-mereka yang berakal (Ilmu Logik atau Psikologi)
    Kedua gunakan Ilmu Ulul Azmi iaitu mereka-mereka yang berazam. Dan
    ahkirnya berpegang teguh dengan Ilmu Makrifat. Kepada yang hanya atau banyak mengunakan ilmu pertama dan kedua tanpa ilmu Makrifatullah,
    bimbang2 akan tersungkur. Dan akan tersedar setelah kekuatan logik
    dan fisikal ditarik Allah swt lalu mengerang kesakitan memanggil Allah swt. Nauzubillah!

    Hendaknya mengutamakan Ilmu Makrifatullah yang paling utama dengan diselaputi dengan akhlak yang mulia. Lihatlah akan pusaka ilmu
    yang tinggi yang ditinggalkan Baginda Rasulullah saw. Ia itu tidak lain
    sifat tawadduk, sabar & kasih sayang. Sehingga mencairkan kekerasan hati orang2 yang membencikan Baginda. Ingatlah peringatan Allah swt kepada Baginda di dalam berdakwah yang terdapat pada surah al-Imran
    ayat 159 yang bermaksud ” Disebabkan rahmat Allahlah kamu berlaku lemah lembut.Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah
    menjauhkan diri dari kamu….

    Hayatilah perpatah ungkapan ini.

    Jadilah seorang yang disegani kerana keperibadian mulia dengan ilmu yang disampaikan dibawa hingga mati. Tetapi Bukan di takuti dengan meninggalkan kenangan pahit di hati.

    Buat saya segala yang dilalui semuanya adalah kehendak Allah yang telah termaktub 100% di Lauh Mahfuz. Sebagaimana yang difirmankan
    Allah swt di surah at-Talaq ayat 3 Sesungguhnya semuanya berlaku atas kehendak Allah swt . dan segalanya telah dicatitkan di dalam kitab induk Allah swt ia itu Lauh Mahfuz. Subhanallah!

    Sebenarnya hati saya amat rindu hendak bertemu dengan ustaz. Semua
    kenangan ketawa/bergurau bersama, menangis bersama, bernazam
    bersama sana dan sini masih segar dalam ingatan sbgi kenanagan paling manis dalam hidup ini. Entah bagaimana terbuka lembaran ini. Terima kasih Allah.

    Untuk pengetahuan, saya masih membawa ilmu nazam Hakikat & Makrifat di atas jemputan orang untuk majlis Gunting rambut dan sertai
    penyampaian ilmu Psikologi berteraskan Ilmu Makrifatullah bersama
    Shamsir isteri, Aziz dan Rosli & isteri. Walaupun bilangan nya kecil.
    Tetapi Allah swt makbulkan doa saya yang akhirnya students sekolah saya turut serta. Yang sumbangan orang ramai disedekahkan pada masjid dan anak2 murid saya. Saya sedar masa saya sudah singat di mana saya akan kembali kesaorangan.

    Wahai sahabatku Ustaz Husain. Ingat tak kata2 ku dahulu yang saya tidak lama berada di PKMS. Ustaz bertanya, cikgu nak balik Johor. Tapi
    jawapan saya ialah saya tidak tahu. Dan akhirnya kita berpisah. Jika dilihat secara logik, kalau semua orang lama tetap di sana, bagaimana
    orang baru nak dudukkan? Inilah susunan Allah swt. ketepikan logik
    kita pandang tepat makrifat agar sentiasa melekat dimata hati. Amin.
    Ilmu Marifatullah telah saya sebarkan kepada individu di Johor bahru.
    Alhamdulillah mereka senang mendengarkannya. Juga kepada golongan remaja khasnya anak murid2 saya. Dan mereka mudah menerimanya.
    Ini semua atas izinNya. Mereka berpesan kepada saya dgn berlemah-lembut ilmu senang mereka faham dan terima. Allah lah yang merencanakan segalanya.

    Akhirkata dari saya wahai sahabat ku, walaupun Allah swt belum mengizinkan kita bertemu, namun rasa kasih & sayang sentiasa dihati.
    permintaan ku, rahsiakan akan wartkah ku ini. Mohon maaf jika ada
    keterlanjuran. Tidak ada sedikit pun rasa benci dan sakit hati pada semua. sesungguhnya semua coretan terangsang dari hati yang
    suci dan ikhlas. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah swt setiap detik dan masa. Amin. Jika izinkan, kita akan bertemu. Tiada daya dan upaya
    jika tidak dengan bantuan Allah swt dan Laa-maujud-Il-lallah.

    Selamat malam & Wassalam.

  3. Hj Hussien Latiff

    Pengunjung-pengunjung laman web saya ini, Assalamulaikum wbk. Di sini saya memaklumkan bahawa kebelakangan ini banyak pihak, tanpa segan silu, membuat pengakuan mereka adalah sebahagian atau cawangan atau berhubungkait dengan saya. Ini adalah tidak benar. Saya beroperasi sendiri dan segala urusan saya di uruskan oleh International Promotional Agency (ataupnu IPA) di Singapura. Maka janganlah anda terpedaya dengan pengakuan-pengakuan sebegini dan berawaslah sentiasa apabila bersua dengan kenyataan-kenyataan sebegini kerana mereka tidak akan berhenti walaupun sesudah membaca penjelasan saya di sini.

  4. LAUH MAHFUDZ 12 | YAMAS-Indonesia

    […] Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.[123] […]

Back to top