Tikar Mengkuang

Published on November 19th, 2009 — 4:08am

oleh Amran Abdul Wahab

Tikar mengkuang amat cantik pada rupa
Lembut mata memandang

Pandan mengkuang diraup rapi
Di anyam hingga terbentang menjadi
Tidak senang mengayam
Jika tiada kemahiran yang tajam
Terluka tangan
Jari jemari menjadi kasar
Malu dipandang orang
Kalau jejari nak dara sunti ..

Jika mahu berharga tinggi
Tikar diwarna-warni
Dengan sentuhan seni

Begitu jua minda hati
Mesti di raup di buang sarang
Agar sifat kedengkian hilang
Agar ke egoan mati kecundang
Agar sudah tiada tersalah pandang

Kalau mahu menjadi tajam
Mestilah diri selalu menyepi
Kepada Ilahi selalu dipandang
Mulut nan celupah wajib di patri

Biar selalu berendam si air mata
Agar minda hati menjadi terang
Tiada lagi ianya buta
Baru terasa Rahmat Ilahi

Mula terasa diri tiada kuasa
Nasib dirimu telah lama nyata
Sebelum engkau ada
Apa lagi yang nak di sengketa

Kalau sudah sampai ke peringkat ini
Diri kita mesti sentiasa di jaga
Agar tiada senasib  si tikar mengkuang
Walau lama dipakai serta dijaga
Tikar mengkuang akhirnya rosak juga
Bila berlapok dibuang orang

Samalah juga keimanan diri
Bila syirik kecil tiada dirasa
Ijab mula berselaput semula
Punahlah segala usaha
Busana diri hilang semula
Turun naik tidak penat ke ?

Tapi tiadalah mengapa
Kerana diri ini mesti diasak juga
Kalau tidak masa kan bisa
Kita bermunajat kepadaNya
Dia juga mahu menduga kita
Sejauh mana pengakuan kita
Jangan seperti menanam tebu di tepi bibir saja

Hujung minggu masih beli ekor kuda
Tapi mengaku rindu pada Nya
Yang Maha Esa

Maha Suci Allah
Agar kita berada di dalam Rahmat Nya

Amin

Oleh
Amran Abdul Wahab

18 Nov 2009

Written by: | Category: poetry | no comments yet | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



Back to top