Di Dalam Catatan Buku Tiga Lima-Nya

Published on December 29th, 2009 — 5:54am

oleh Amran Abdul Wahab

Mengapa kita membiarkan diri
diperkosa oleh perasaan bimbang dan resah ..
musibah belum mendatang
tetapi trailer bermain di onak
melebihi tayangan perdana …..

Kita gelisah ..
gelisah dan gelisah …
tiada henti ….

Lupa kah kita ….
apa apa kejadian yang belum terjadi
sudah mendahului kita
sebelum kelahiran kita …

Lupa kah kita
bahawa kita ini
pendokong watak watak
dalam sandiwara dunia
sama ada kita ini krok
atau hero ..
kita tak ada harapan untuk menolak nya
kita ni siapa …..

Kita umpama benang berkait jarum
dikait bengkok
tak dikait pun tak lurus ..

Kita sudah tersirat dalam suratan-Nya
itulah qada dan qadar-Nya
hanya kepada-Nya lah kita menyembah
hanya kepada-Nya juga kita memohon pertolongan
ingatlah itu pun kerana Rahmat Nya
kita tiada daya dan upaya …
dengan keinsafan ini
berserta kebesaran Nya …..
dapatlah kita bersyukur dan mengerah kepada- Nya
secara mutlak …

Semoga Allah menolong diri ku
Berjalan di atas sirahtul mustakin …

Amin ….

Amran AW
28 Dec 2009

Written by: | Category: poetry | 2 comments | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



2 comments to “Di Dalam Catatan Buku Tiga Lima-Nya”

  1. MOHD ANIS BIN MOHAMED ARIFF

    Alhamdulillah tahniah saudara Amran..
    betapa kerdilnya kita di sisi Allah.

  2. Amran Aw

    Syukran … dengan ilmu barulah ada kesedaran … lama tak jumpa saudara Anis … banyak yang sedang disampaikan oleh Ustaz Hussien … datang lah sekala skali mendengar …

Back to top