PUISI MAKRIFATULLAH – 3

Published on December 7th, 2009 — 5:02am

MAKRIFATULLAH

Kerana pada permulaan
Yang ada hanya Tuhan
Maka “Kun” Dia berfirman
Kepada DiriNya ditujukan. [53]

 

Maka terjadi kesemua ciptaan,
Unsurnya datang dari Tuhan
Kerana pada permulaan
Yang Wujud hanya Tuhan[54]

 

Mengikut kajian Sain,
Kecil dari atom “Unsur” ciptaan
“Big Bang” teori dinamakan
Telescope Hubert membuktikan.[55]

 

Nabi Isa pula memberi pandangan
Kesemua ciptaan disatukan
Lebih kecil sebiji pasir dia katakan
Kepada yang Maha Besar Tuhan.[56]

 

Nabi Isa berkata di Hari kemudian
“Unsur” kecil ini akan kelihatan
Seperti setitik air masin
Kita ketahui ianya daripada lautan[57]

 

Sabda Nabi Isa didapati
Di Injil Barnabas nama diberi
Rektor IAIN Sunan Gunan Jati
Anwar Musadad mengiktiraf Injil ini.[58]
Namun Rasulullah ada mengatakan,
“Unsur” kecil itu di Hari Kemudian
Seperti bulan purnama kelihatan
Tetapi Allah adalah Maha Besar Tuhan.[59]

 

“Unsur” bahasa melayu diberi
Dan “Dzat” bahasa arab seerti[60]
“Unsur” atau “Dzat” tidak boleh dinafi
Adalah kecil berbanding dengan Ilahi.

 

Kerana “Unsur” ini sangat kecilan
Ciptaan tidak boleh menjadi Tuhan
Hanya orang buta mengatakan
Sebatang pokok itu adalah hutan

 

Kalau “Unsur” ciptaan kesemua ini
Sangat kecil berbandingkan Ilahi
Sudah tentu jelas kepada kita ini
Allah Maha Besar, Luas dan Tinggi.[61]

 

Ciptaan wujud dari Dzat kecilan
Dzat kecilan datang daripada Tuhan
Apabila binasa kesemua ciptaan
Dzat kembali kepada Tuhan[62]

 

Maka dalam Al Quran ada terpamir
Dia Yang Awal dan Yang Akhir,[63]
Juga ada firman terukir
DariNya kita mula dan kepadaNya kita berakhir. [64]

 

Dari Dzat terzahir ciptaan
Dzat tersembunyi disebalik ciptaan
Maka tertera di dalam Al Quran
Dzat adalah Zahir dan Batin ciptaan.[65]
Kalau dari Dzat ciptaan dicipta
Maka ada Dzat, ciptaan ada
Tanpa Dzat ciptaan tiada
Dzat wajibul wujud kepada semua.[66]

 

Kalau Dzat adalah batin ciptaan
Maka Dzat berada bersama ciptaan
Maka jelas kepada Tuhan
Kesemua kelakonan ciptaan.[67]

 

Benarlah firmanNya yang berbunyi
Dia Maha Mendengar, Mengawasi
Maha Melihat dan Mengetahui
Serta juga Maha Meliputi.[68]

 

Kerana DzatNya disebalik ciptaan
Maka berfirman Dia di dalam al Quran
Bukan Muhammad yang melemparkan
Yang melempar adalah Tuhan. [69]

 

Kesemua mukjizat di dalam al Quran
Orang mati dihidupkan, [70]
Unta dari batu dikeluarkan[71]
Ini semua DzatNya melakukan.

 

Mukjizat lain juga terlaksana
Lautan terbelah menjadi dua[72]
Manusia bertukar menjadi kera[73]
Ini semua lakonan DzatNya jua.

 

Maka fahamkanlah semua
Yang zahir dan batin adalah DzatNya
DzatNya meliputi semua
Termasuk ruang dan juga masa.

 

Dengan itu, apa jua dikehendakiNya
Pasti akan terjadi sekelip mata
Kerana DzatNya menunggu sahaja
Arahan dari Allah Yang Maha Esa.

 

Bagi Allah tiada yang mustahil
Semua perkara besar dan kecil,
Yang tersembunyi atau terpencil
Apa diperintahkanNya pasti berhasil.

 

Begitulah Allah Maha Berkuasa
Di atas sesuatu yang ada
Tiada terlepas dari PengawasanNya
Di langit, di bumi atau di antaranya.

Bibliografi

[53] Ali Imran (3):47; An Nahl (16):40.

[54] Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk. 5, 342 (1993).

[55] Reader’s Digest Knowledge Quest: Planet Earth and the Universe, 40  (?)

[56] Gospel of Barnabas, 132 (?)

[57] Ibid.

[58] Anwar Musaddad, Kedudukan Injil Barnabas Menurut Pandangan Islam ,30 (1981).

[59] Translation of Sunan Abu Dawud Vol 3, 1324 (1990).

[60] Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1558 (2000).

[61] Ar Rad (13):9; Al Hajj (22):62; Al Mukmin (40):12; Ali Imran (3):73.

[62]  Al Baqarah (2):156.

[63] Al Hadid (57):3

[64] Al Hadid (57):3

[65] Al Hadid (57):3

[66] Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk. 5, 342 (1993).

[67] Al Baqarah (2):284.

[68] Al Mukmin (40):56; Al Hijr (15):25; Al Mujadilah (58):7.

[69] Al Anfaal (8):17.

[70] Ali Imran (3):49. Gospel of Barnabas, 241 (?).

[71] Hud (11):64.

[72] Asy Syuaraa (26):63-67.

[73] Al Araaf (7):166.

| Category: poetry | 3 comments | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



3 comments to “PUISI MAKRIFATULLAH – 3”

  1. sirr

    betul…

  2. AZMI BIN ABDUL AZIZ

    Setelah menghadiri kuliah oleh Tuan Ust pada 13DIS2009 saya terangsang untuk tahu lebih dalam lagi tentang ilmu tasawuf ini.Penjelasan oleh Tuan Ust sangat simple an straightforward tidak berbelit belit,Ust very friendly and very humorous.Tapi ada juga yang saya tak paham tapi Tuan Ust kata mesti kena buat followup lesson jadi betol2 faham akan ilmu ini.Yang Benar…azmi aziz(dodi alf)

  3. alhu

    Aslkm wbk. Alhamdulillah dan terima kasih Saudara Azmi. Class lanjutan bagi anda dan lain yang baru mengikuti kulia saya ialah pada tiap hari rabu jam 8mlm hingga 10 mlm. Terima kasih dan wassalam.

Back to top