PUISI MAKRIFATULLAH – 5
PERANG BESAR
Selepas peperangan Badar
Sabda Rasulullah ada terdengar
Ada peperangan yang lebih besar
Peperangan nafsu yang melakar.[130]
Setiap manusia ada kembaran
Kembarannya adalah Syaitan
Qarin, nama dia diberikan
Mendamping hingga kita kematian.[131]
Syaitan adalah musuh kita yang nyata;[132]
Mereka menggoda Adam dan Hawa
Nenek Moyang kita
Sehingga dikeluarkan dari syurga[133]
Mereka akan menuntut hak mereka
Yang ditetapkan Yang Maha Esa[134]
Untuk mengoda kita
Sehingga kiamat datang menjelma[135]
Hak mereka menakutkan manusia[136]
Sehingga iman kita tidak bermaya
Sehingga kita takut kepada mereka[137]
Melebihi Allah Yang Maha Berkuasa. [138]
Hak melalaikan manusia
Di dalam kesemua ibadah mereka[139]
Supaya Allah tidak diingat mereka
Kekhusyukan langsung tiada. [140]
Sehingga Sayidina Umar ada berkata
Ada yang beribadah sampai ketua
Ibadah mereka sesia-sia sahaja
Kerana kekhusyukan tiada. [141]
Hak untuk membangkitkan
Sifat kedengkian[142]
Sehingga Habil kematian
Dibunuh Kabil adik kandungan. [143]
Hak membuat kita malas
Dalam semua kegiatan tiada pantas
Waktu sembahyang selalu terlepas
Tubuh badan terasa malas.
Hak membuat kita kebakhilan
Sedekah langsung ketiadaan
Tamak haloba gantian
Menjadi manusia kekikiran.
Hak membuat kita kemarahan
Sesama sendiri berpukulan
Hingga sampai pembunuhan[144]
Sifat kemanusiaan ketiadaan.
Hak membuat kita tertekan
Sehingga terlupa akan Tuhan
Menjadi murung seharian[145]
Membunuh diri dalam fikiran.[146]
Hak membuat kita keangkuhan
Bangga diri seharian
Memandang hina saudara dan taulan
Dia seorang sahaja kehebatan[147]
Hak membuat kita kekasaran
Dalam bahasa dan pergaulan
Kesana sini bermusuhan
Hidup selalu bersendirian.
Hak membuat kita terikat
Kepada pelbagai maksiat[148]
Merosakkan umat yang sihat
Songsangkan agama dan masyarakat[149]
Hak menyelewengkan manusia[150]
Sehingga murtad dari agama[151]
Ini diikuti oleh generasi mereka
Kekafiran kini melata[152]
Hak membuat kita jadi penipu[153]
Sehingga negara rugi
Serta dunia bermasalah kini
Seluruh umat umat manusia menderitai.
Hak membuat kita
Memandang baik semua perkara[154]
Menkabuskan mata manusia sedunia
Perkara jahat di pandang baik sahaja.[155]
Hak membuat kita
Menyalah gunakan kuasa
Untuk berada di atas “takhta”
Dihormati orang kesemua.
Hak membuat kita memberontak
Sebagai dewasa atau anak
Membuat keluarga dan negeri rosak[156]
Kemiskinan melata setiap tempat.
Hak membuat kita salahguna ilmu
Memberi pandangan yang keliru
Fatwa yang tidak bermutu
Negara mundur terkulai layu
Hak membuat kita menyalahi
Kegunaan alat canggih terkini
Merosakkan keluarga dan negeri
Membuat sedunia rugi.
Hak membuat kita digodai
Menerusi tampilan berahi[157]
Sehingga rosak maruah negeri
Anak haram kini menjadi.
Hak membuat kita tidak bersyukur
Kepada Ilahi tidak lagi akur
Agama dipandang mundur
Keimanan mulai runtur. [158]
Hak membuat kita menderhakai
Kepada Allah Yang Maha Suci[159]
Mempertikaikan Takdir Ilahi
KesempurnaanNya diketepi.[160]
Hak membuat kita diperdayakan
Dengan berangan-angan[161]
Yang tidak berhasilan
Membuat masyarakat kemunduran.[162]
Hak membuat kita kejar keduniaan
Serta kekayaan yang menghairahkan
Sehingga agama dan Allah dilupakan
Mengikut nafsu yang memperdayakan[163]
Hak syaitan ini mesti ditangankan[164]
Syaitan durjana mesti ditundukkan
Supaya manusia tidak dipesongkan
Masuk ke neraka di hari kemudian.[165]
Kini sudah ketiadaan nabi
Maka ulamalah pengganti
Membawa umah kembali
Ke jalan diredhai Ilahi.
Maka hendaklah ditangani
Syaitan yang durjana ini
Sehingga umat sihat semula jadi
Kepada Allah mereka kembali. [166]
Allah ada berfirman
Penggodaan syaitan
Tidak akan berhasilan
Atas mereka yang dikecualikan[167]
Mereka yang dikecualikan
Tidak dapat digoda syaitan[168]
Kerana dilindungi Tuhan
Dari penipuan Syaitan.[169]
Mereka juga ketahuan[170]
Qarin yang membisikkan[171]
Yang ingin kita kerugian
Di dunia dan hari kemudian.[172]
Qarin menggoda kita
Dengan meletak di dalam minda
Tipuan yang menyesatkan kita
Sekiranya kita tidak menyedarinya.
Mereka meletak penipuan
Ke dalam minda seorang insan
Daripada kiri atau kanan
Dari belakang atau depan[173]
Kita tidak dapat melihat mereka
Tetapi mereka dapat melihat kita[174]
Namun kita boleh dapat merasa
Sudut mana dia masuk ke minda.
Maka hendaklah kita berlindung
Kepada Allah Maha Agung
Dengan minda dikosong
Dan ingatan Allah dipasung.[175]
Dengan ingatan Allah sahaja
Ada di dalam minda kita
Lemahlah Qarin durjana
Tenteramlah minda yang bergelora.[176]
Inilah zikrullah orang makrifat
Hanya Allah diingat
Dalam minda terlekat
Setiap masa setiap saat. [177]
Di dalam dan di luar ibadah
Mereka sentiasa ingat Allah
Qarin durjana menjadi lemah
Tipu helah mereka rosak sudah.
Inilah orang-orang pilihan
Yang dipilih oleh Tuhan[178]
Yang dikecualikan
Dari godaan syaitan.
Matahati mereka sentiasa berjaga
Walaupun tertutup kedua mata
Kerana sentiasa mengingatkanNya
Allah, Yang Maha Esa. [179]
Mereka mengingat tanpa berupa
Tanpa juga diumpama
Tanpa bunyi ataupun warna
Dan tiada tulisan juga. [180]
Seperti mengingati nama anda
Tidak anda mengeja
Begitu juga mereka
Tidak dieja nama Tuhannya. [181]
Allah ada berfirman
Sesiapa mengingati Tuhan
Mendapat banyak keuntungan
Serta besar keutamaan. [182]
Allah ada juga berfirman
Hendaklah ingat Tuhan
Semasa ibadah dijalankan
Dan selepas ibadah diselesaikan. [183]
Allah juga memuji mereka
Yang mengingati Tuhannya
Dalam kesibukkan mereka
Bekerja dan berniaga. [184]
Maka jangan syirikkan Tuhan
Secara luaran atau dalaman[185]
Dosa ini tidak diampunkan[186]
Kesemua amalan dihapuskan. [187]
Bibliografi
[130] Abdur Rahman I. Doi, Sharia: The Islamic Law, 443 (1989).
[131] Fushshilat (41):25; An Ana’aam (6):112; Terjemahan Sahih Muslim Bk4, 815 (1994).
[132] Yasin (36):60; An Ana’aam (6):142; Yusuf (12):5; Al Israa (17):27; Az Zukhruf (43):62
[133] Al Baqarah (2):36
[134] An Nisa (4):118; Qaaf (50):27; Hajj (22):4.
[135] Al Araaf (7):14.
[136] Al Baqarah (2):268
[137] Ali Imran (3):175
[138] Al Araaf (7):30.
[139] An Nisa (4):119
[140] Thaha (20):13-14
[141] Imam Ghazali, Rahsia Hakikat Sembahyang, 149 (1994).
[142] Yusuf (12):100; Hajj (22):53
[143] Al Maidah (5):28.
[144] Al Qasas (28):15
[145] An Ana’aam (6):71
[146] Faathir (35):8
[147] An Nisa (4):38
[148] Al Baqarah (2):268 ; Al Maidah (5):90
[149] An Nur (24):21
[150] An Nisa (4):60
[151] Terjemahan Sahih Muslim Bk. 4, 865 (1994).
[152]Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk 3, 635-636 (1993);Sahih Al Bukhari Vol. 8, 389-390 (1984).
[153] Asy Syu’araa (26):222-223.
[154] Al hijr (15):39; An Ana’aam (6):43; An Naml (27):24;Al Ankabut (29):38
[155] An Nahl (16):63
[156] Al Fath (48):12
[157] Al Araaf (7):20, 22, 27.
[158] Al Araaf (7):16-17.
[159] Hajj (22):52
[160] An Ana’aam (6):68; Hajj (22):3
[161] Al Hadid (57):14
[162] An Nisa (4);120; An Ana’aam (6):112.
[163] Luqman (31):33; Faathir (35):5
[164] An Nisa (4):76
[165] An Nisa (4):119; An Ana’aam (6):128; Hajj (22):4; Luqman (31):21; Faathir (35):6
[166] Al Baqarah (2):193
[167] Al Hijr (15):40; An Nahl (16):99; Al Mujaadalah (58):10.
[168] Ibrahim (14):22.
[169] Al Hijr (15):42
[170] An Nisa (4):83
[171] Al Ana’aam (6):112; Taha (20):120
[172] An Nur (24):21
[173] Al Araaf(7):16-18.
[174] Al A’raaf (7):27
[175] An Nisa (4):103
[176] Ar R’ad (13):28
[177] Syeik Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 189.
[178] Mujadilah (58):10; 22.
[179] Sahih Al Bukhari Vol. 4, Chap LVI, 495 (1987). Gospel of Barnabas, 138 (?)
[180] Asy Syura (42):11. Al Iklas (112):4. Al Anaam (6):103.
[181] Terjemahan Sahih Muslim, Bk. 1, 1006 (1990).
[182] Al Jumu’ah (62):10. Al Ankabut (29):45;(Tafsir Al Azhar). Al Ahzab (33):35.
[183] Thaha (20):14. An Nisa (4):103.
[184] An Nur (24):37.
[185] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 27 (1990). Imam Ghazali, Rahsia Hakikat Sembahyang Menurut Tauhid<, Fekah & Tasauwwuf, 130 (1994).
[186] An Nisa (4):116.
[187] Al Maidah (6):88.
| Category: poetry | no comments yet | Leave a comment
You can leave a comment via:
You can leave a comment through facebook (above) or the form below: