PUISI MAKRIFATULLAH – 6

Published on December 29th, 2009 — 5:45am

A. IBADAH

Sesudah kamu mengenaliNya
Kamu sedar kewujudanmu tiada
Kamu terima qadha dan qadarNya
Yang tinggal, ibadah untuk dilaksana. [188]

Allah ada berfirman di dalam al Quran
Jin dan manusia diciptakan
Hanya untuk beribadah kepada Tuhan[189]
Tuhan yang Satu, tiada tandingan. [190]

Untuk beribadah kepadaNya
Hendaklah balik ke SyariahNya[191]
Yang diturunkan kepada RasulNya
Muhammad, Nabi yang mulia. [192]

Rasulullah ada bersabda
Baginda ada tinggalkan dua perkara
Kalau dipegang tidak akan sesat kita
Al Quran dan As Sunnahnya. [193]

Maka berpeganglah kita semua
Al Quran dan As Sunnah baginda
Tolak pembaruan menyesatkan kita
Semoga kita selamat di hari muka. [194]

Ingatlah juga, wahai teman
Agama Islam sudah disempurnakan[195]
Hanya agama ini diterima Tuhan[196]
Hendaklah kita Islam bila kewafatan. [197]

Jalankan sembahyang yang diperintahNya
Ingatlah Allah semasa menjalankannya[198]
Jalankan yang fardu dan sunat bersama[199]
Untuk mendapat keredhaanNya. [200]

Shalatlah diwaktu malam, wahai teman
Sepertiga, seperdua atau berlebihan[201]
Seperti Muhammad nabi junjungan
Serta para sahabat handalan.

Rasulullah shalat luka telapah kaki
Kerana ingin menjadi hamba Ilahi[202]
Maka kita umat baginda terkini
Hendaklah bershalat sesungguh hati.

Rasulullah dan sahabat baginda
Puasa sunat banyak dibuatnya
Kadangkali kelaparan tidak terhingga
Namun puasa tetap diteruskannya.

Ikut puasa nabi Daud, nabi berkata[203]
Namun baginda juga ada berkata
Untuk Ilahi, sehari kita berpuasa
70 tahun dijauhkan kita dari neraka.[204]

Ganjaran yang berpuasa di hari kemudian
Allah sendiri akan memberi balasan[205]
Untuk mereka ada pintu syurga dikhaskan
Yang dipanggil “Ar Rayyan.”[206]

Selain zakat dan firtrah
Hendaklah banyak bersedekah
Seperti ditunjuki Rasulullah[207]
Serta Abu Bakar, seorang sahabah.[208]

Hendaklah hidup bersederhana
Berzuhudlah jangan berpoya-poya
Rasulullah menjadi contoh kita[209]
Juga para sahabat yang setia. [210]

Berbanyaklah membaca Al Quran
Rasulullah, Abu Bakar dan Osman[211]
Juga para sahabat yang beriman
Sentiasa membaca Al Quran. [212]

Selepas sembahyang ingatkan Tuhan
Semasa duduk, diri dan berbaringan[213]
Juga dalam kesibukan pekerjaan,[214]
Disisi Allah, ini adalah besar amalan.[215]

Sebenar-benar takutkan Tuhan
Kerana Rasulullah ada mengatakan
Baginda lebih mengenali Tuhan
Takut baginda melebihi kita sekalian. [216]

Para sahabat bila mengimbaskan
Kesiksaan di hari kemudian
Menangis dan bergentaran
Takut sungguh kepada Tuhan. [217]

Berpeganglah kepada Syariah
Ada berkata Rasulullah
Kalau pencuri itu adalah Fatimah
Hukum Hudud masih dipertengah. [218]

Begitu kuat pegangan baginda
Kepada Syariah tidak dilepasnya
Begitu para Sahabat semua
Syariah asas kehidupan mereka.[219]

Maka berpegang teguh kepada Syairah
Ikut contoh Rasulullah dan Sahabah
Kerana Syariah diturunkan Allah
Kepada setiap nabi serta Rasulullah. [220]

B. ISTIQAMAH

Teruskan ibadah seperti Harithah
Siang berpuasa malam ibadah
Sehingga seolah dia melihat aras Allah
Maka disuruh Rasulullah beristiqamah.[221]

Teruskan ibadah seperti para sahabah
Serta menerima segala ujian dengan tabah
Sentiasa beribadah dengan istiqamah[222]
Sehingga menjadi orang-orang Allah[223]

Dalam ibadah berpegang kepada Syariah[224]
Serta dibantu dengan Makrifatullah[225]
Teruskan ini dengan amanah
Semoga menerima keredhaan Allah.

Jagalah KeagunganNya
serta KesempurnaanNya
BeriNya penghormatan sentiasa
Jangan pertikaikan KebijaksanaNya .

Menyerah penuh kepadaNya
Serta berpasrah setiap masa
Haqqul yakin KekuasaanNya
Dan juga KebesaranNya.

Lihat kepada pokok tua
Berdiri setempat begitu lama
Tidak begerak mencari rezkinya
Menyerah penuh kepada Tuhannya.

Terimalah takdirNya dengan redha
Jangan bersungut jangan mengata
Ada mata lihat, ada telinga dengar sahaja
Ada mulut tutup, jangan terlepas kata.

Lihat kepada ternakan lembu
Dipelihara diberi makan selalu
Anaknya disembelih satu persatu
Takdir diterima mulut membisu.

Redha dengan seiklasnya
Kerana semua Dia empunya
Diri kita juga daripada DzatNya
Kita hanya pengamanah sahaja.

Lihat kepada Lilin bercahaya
Menerangi hidup ciptaan semua
Akhir, membakar dirinya juga
Namun redha kepada takdirnya

Ingat Iblis dengan kesombonganya
Tidak mahu menerima manusia
Menjadi khalifah Tuhan Yang Esa
Maka terkeluar dia dari Syurga. [226]

Ingat Abu Lahab dan isteri
Tidak menerima Muhammad nabi
Di Surah “Al Lahab” atau “Gelojak Api”
Ditulis neraka tempat mereka ini.[227]

Ingat orang yang menyoal Ilahi
Bolehkah dihidupkan yang sudah mati
100 tahun dimatikan mereka ini
Selepas itu dihidupkan kembali.[228]

Berpasrahlah kepada Yang Maha Esa
Seperti Ibu kepada Nabi Musa,
Ke sungai dilepaskan anaknya
Akhirnya diketemukan semula.[229]

Menyerah penuh kepada Ilahi
Seperti Habil yang boleh dicontohi
Hendak dibunuh oleh adiknya sendiri
Namun berserah penuh kepada Ilahi.[230]

Istiqamahlah, istiqamahlah!
Dalam kesemua ibadah
Dalam menjaga Kesempurnaan Allah
Serta pegang erat kepada tali Allah.[231]

C. MAQAM

Sesudah mencapai Makrifatullah
Hendaklah anda berjuang untuk Allah
Menjaga KebesaranNya dengan tabah
Sehingga menjadi orang-orang Allah.[232]

Inilah makam anda
Mengkhususkan hidup dan mati anda
Hanya untukNya
Untuk diperlakukan apa Dia suka. [233]

Makam “Abdal” dinamakan
Syeikh Al Jilani ada katakan
Maksudnya ialah “Pertukaran”
Anda kini boneka Tuhan. [234]

Anda diperhiaskan dengan ilmuNya
Dikongsikan juga rahsia-rahsiaNya [235]
Anda akan diuruskanNya
Siapsedia menjalankan kerjaNya

Kepada Khidir boleh dicontohi
Ilmu dan rahsia Ilahi dia perolehi
Yang Musa tidak memiliki
Akhir, Musa terpaksa tinggalnya pergi. [236]

Mari kita lihat contoh perjuangan ini
Oleh nabi-nabi dan wali-wali
Sehingga mereka disayangi
Serta mendapat keredhaan Ilahi. [237]

Nabi Muhammad telah dinasihatkan
Pendakwahan jangan diteruskan
Oleh ketua Quraish menyampaikan
Menerusi Mutalib datuk kesayangan.

Rasulullah lalu menjawabnya
Walau bulan diletak di tangan kirinya
Ditangan kanan diletak matahari pula
Pendakwahan baginda berhenti tiada. [238]

Diatas makam ini baginda berdiri
Bersabung nyawa setiap hari
Memperjuangkan Pendakwahan suci
Untuk menjadikan Islam agama terkini

Begitu juga sahabat baginda
Berdiri bersama-samanya
Memperjuangkan Islam agama
Sehingga Islam diterima kaumnya.

Maka Allah berfirman maksudnya
Mereka yang pertama masuk ke syurga
Di dalam surah At Taubah ada tertera
Di dalam Al Quran, kitab yang mulia. [239]

Maka hendaklah kita mengikuti mereka
Kerana Allah ada berkata
Sesiapa yang mengikuti mereka
Dimasukkan ke syurga bersama mereka! [240]

Bibliografi

[188] Al Anaam (6):162.

[189] Adz Dzaariyaat (51):56.

[190] Maryam (19):65.

[191] Al Jaatsiyah (45):18.

[192] Al Hajj (22):67; Al Anaam (6):153; Asy Syuura (42):52.

[193] Al Muwatta Vol.II, 544 (1994).

[194] Translation of Sunan Abu Dawud Vol. 3, 1294 (1990).

[195] Al Maidah (5):3.

[196] Ali Imran (3):85.

[197] Ali Imran (3):102.

[198] Thaha (20):14.

[199] H Salim Bahreisy, 272 Hadits Qudsi, 76 (1980).

[200] At Taubah (9):100.

[201] Al Muzzammil (73):20; At Thur (52):48-49.

[202] Terjemahan SahihMuslim Jilid 4, 821 (1994).

[203] Puasa sunat – sehari berpuasa sehari tidak dan seterusnya. Terjemahan Sunan AT Tirmidzi Bk.2, 94-95 (1993)

[204] Terjemahan At Tirmidzi Bk. 3, 199 (1993)

[205] Terjemahan Sahih Muslim Bk 2, 374 (1994)

[206] Terjemahan Sunan AT Tirmidzi Bk.2, 94 -95  (1993)

[207] Translation of Al Hadis Vol. 4, 290 (1994) – Rasulullah (saw) sedekahkan keseluruhan kambingnya kepada seseorang sahabat yang memintanya.

[208] Abdul Latiff Ahmad ‘Aasyur, Rahsia Para Sahabat Dijamin Masuk Syurga, 16 (1997) – Sayidina Umar ra dan Ali ra mengakui bahawa dalam bidang sedekah Sayidina Abu Bakar as Sadiq mengatasi mereka.

[209] Hamka, Op cit, 64 – Sayidina Umar Al Khattab (ra) menangis melihat keadaan bilik Rasulullah (saw).

[210] Hamka, Op cit, 30-32. – Semasa Sayidina Umar Al Khattab (ra) seorang Khalifah membaca khutbah dilihat jubahnya mempunyai ada 12 tampalan. Sayidina Ali ra masih memakai bajunya yang sudah robek.

[211] Muhammad Zakaria Kandhalawi, Op cit,101. Aboebakar Atjeh, op cit, 248.

[212] Imam Ghazali, op cit,118.

[213] An Nisa (4):103.

[214] An Nur (24):37.

[215] Al Ankabut (29):45; Al Jamuah (62):10

[216] Translation of Sahih Al Bukhari. Vol. 1, 23 (1987).

[217] Muhammad Zakaria Kandhalawi, Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat, 37 – 39(1996).

[218] Terjemahan Sahih  Muslim Buku 4, 281 (1994).

[219] Muhammad Zakaria Kandhalawi, Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat, 86-88 (1996); Ahmad Shalaby, Perbandingan Agama Agama2 Yang Terbesar Di India, 61 (1970).

[220] Al Hajj (22):67. Al Maaidah (5):48.

[221] Abdul Qadir As Sufi, The way of Muhammad, 29 (1975); Al Hujwiri, Kasyful Mahjub, 43 (1994).

[222] Imam Ghazali, op cit,118.

[223] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 1, 7 (1992); Terjemahan Sahih Muslim Bk. 1, 261 (1994)

[224] Al Hajj (22):67.

[225] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, op cit, 17.

[226] Al Araaf (7):11.

[227] Al Lahab (111):1-5.

[228] Al Baqarah (2):259

[229] Al Qashash (28):7-13.

[230] Al Maidah (5):28.

[231] Al Baqarah (2):256; Ali Imran (3):103; Luqman (31):22.

[232] Al Mujadilah (58):22

[233] Al Anaam (6):162. Az Zumar (39):14. Ar Rum (30):53.

[234] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 149.

[235] Syeikh Abdul Qadir Al jilani, Futuh Ghaib, 95 (1990).

[236] Al Kahfi (18):83.

[237] Al Bayyinah (98):8. Ali Imran (3):162; Al Fajr (89):27-30.

[238] Id, 63.

[239] At Taubah (9):100.

[240] At Taubah (9):100.

Written by: | Category: poetry | no comments yet | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



Back to top