SESUDAH MAKRIFATULLAH – Keredhaan (6)

Published on April 26th, 2010 — 4:17am

Saat peningkatan(transformasi) kepada ‘Abdal’ (Orang-orang Allah)[1] terjadi, ia adalah persamaan seolah menyeberangi sebuah jembatan, dan telah berada di seberang tanpa disedari. Sehubungan peristiwa ini, hilanglah rasa ketakutan dalam dirinya melainkan kepada Allah swt dan timbul sifat pengabdian diri kepada Yang Maha Berkuasa.

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; [2]

(Mereka)berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.[3]

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[4]

Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.[5]

Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.[6]

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.[7]

Sehubungan dengan ini Nabi Muhammad (saw) telah bersabda:

Akan selalu ada segulungan dari umat ku yang akan gigih menegakkan Kebenaran. Mereka tak kenal takut akan cemuhan yang dilemparkan terhadap mereka, kerana itu akan meneguhkan kedudukan mereka sehingga hari kebangkitan.[8]

Ada tiga hal yang jika seseorang memilikinya maka mereka telah mencapai puncak keimanan:

1. Dia mencintai orang lain demi Allah;

2. Dia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain; dan

3. Dia lebih suka dilemparkan ke dalam api daripada mengingkari keimannya.[9]

Di sini Syeikh Abdul Qadir Al Jilani telah berkata:

Allah akan menghidupkan kamu kepada satu “hidup” yang baru. [10]

Pendek kata jadilah kamu seorrang yang tinggi dan menpunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi manusia luarbiasa. [11]

Mereka mendapat bimbingan yang benar. Mereka boleh memberi pertolongan kepada orang-orang yang menuju ke jalan Allah. Mereka menjadi orang-orang yang benar dan mengesahkan kebenaran orang lain. [12]

Maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu.[13]

Jadilah kamu warisan Rasul-rasul, Nabi-nabi dan orang-orang Sadiq. Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu. [14]

Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. [15]

Bolehlah dikatakan kamu menjadi pegawai polis untuk kota dan rakyat. [16]

Kerana mereka adalah orang-orang Allah hanya Allah sahajalah yang mengetahui akan mereka. Mereka boleh menjadi miskin, penderita kusta, lembut, lemah atau tidak dikenali langsung dan sebagainya.

Dan dalam harta mereka ada hak Sa’il (si pengemis yang meminta), dan Mahrûm
(orang miskin yang tidak meminta yang lain).
[17]

(Mereka adalah) lembut terhadap orang yang beriman, keras terhadap orang-
orang kafir.
[18]

Sehubungan dengan ini Nabi Muhammad (saw) telah bersabda :

Mereka orang-orang Allah akan dibimbing oleh-Nya dan dianugerahi
pengetahuan Ilahi.
[19]

Dia (Uwais Al Qarni) sendiri berpenyakit kusta. Namun selepas berdoa, Allah
menyembuhkannya daripada penyakit itu kecuali satu titik kecil sebesar satu
dinar atau dirham.
[20]

Mereka adalah yang lemah dan dilihat benar-benar sangat lemah. menutupi diri dengan pakaian usang dan diabaikan oleh masyarakat umum, namun jika mereka berdoa atau menyumpah seseorang, hal itu akan dimakbulkan oleh Allah [21].

Orang-orang yang membuat saya simpati adalah orang-orang yang setia dan orang-orang yang munasabah, terlalu banyak beribadah, tidak diketahui orang, diabaikan oleh orangramai, tidak cukup makan, punyai kesabaran yang tinggi, tiada kekayaan dan tidak mengeluh. [22]

Sesungguhnya, Allah adalah yang Maha Lembut dan Dia mengasihi mereka yang lembut. Dia member kepada mereka yang lembut dan Dia tidak akan memberikan kepada mereka yang kasar. [23]

Makanan untuk dua adalah berpadanan untuk tiga; makanan untuk 3 adalah berpadanan untuk 4 orang. [24]

Makanan untuk seseorang yang berpadanan untuk dua; makanan untuk dua layak untuk empat dan makanan untuk empat adalah berpadanan untuk lapan orang. [25]

Apabila diketahui oleh orang-orang Allah bahawa Nabi Muhammad [saw] berada di Madinah (selepas Hijrah), mereka turun dari bukit-bukit dan lembah dalam sekitar 400 orang untuk memeluk Islam di tangan baginda. [26] Baginda telah menempatkan mereka di masjid baginda bersama-sama dengan sahabat sahabat lain yang tiada tempat berteduh setelah penghijrahan (daripada Makkah). Mereka dipanggil “Ahli Sufah”. [27] Rasulullah saw sangat mencintai mereka sehingga baginda bersabda seperti yang tersebut di atas ini dengan harapan bahawa sahabat-sahabat lain akan menjemput Ahli Sufah ini untuk makan bersama mereka. [28]

Ada satu kesempatan, dilaporkan kepada Rasulullah saw bahawa salah satu Ahli Suffah pengsan ketika melakukan ibadat kerana kebuluran. Rasulullah saw berkata bahawa jika sahabat yang lain tahu maqam khusus orang itu disisi Allah, mereka akan mengikuti sepertinya ( Ahli Suffah). [29]

Berkenaan mereka , Syeikh Abdul Qadir Al Jilani telah berkata:

Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia rahsia yang tidak diberNya kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka de sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah.” [30]

Bibliography

[1] Istilah “Orang-orang Allah” adalah dipinjam dari Injil Barnabas; Perkataan “Abdal” daripada makna yang diberikan dalam Futuh Ghaib adalah “Alat alat Allah “.

[2] Al-Mujadilah (58): 22

[3] Al Maidah (5): 54

[4] Al Anaam (6): 162. Pengabdian dan kesungguhan menjadi kenyataan.

[5] Az-Zumar (39): 14. Pengabdian dan kesungguhan menjadi kenyataan.

[6] Al-Kahfi (18) :71-82. Khidir dan Nabi Musa.

[7] Al Araaf (7): 181.

[8] Terjemahan Sahih Muslim, Buku 3, 655 (1994).

[9] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Book 4, 743 (1993).

[10] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 20 (1990).

[11] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 21 (1990).

[12] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit 95 ..

[13] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 19.

[14] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 21 (1990).

[15] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 21 (1990).

[16] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Futuh Ghaib, 21 (1990).

[17] Adh Dzaariyaat (51): 19

[18] Al-Maidah (5): 54

[19] Penterjemahan Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 273 (1994). “Dinar” atau “Dirham” merujuk pada duit siling yang digunakan pada waktu itu.

[20] Terjemahan Sahih Muslim, Buku 4, 457 (1994).

[21] Terjemahan dari Sunan Ibnu Majah Buku 4, 852 (1993).

[22] Terjemahan dari Sunan Ibnu Majah Buku 4, 854 (1993).

[23] Terjemahan dari Sunan Ibnu Majah Buku 4, 419 (1993).

[24] Penterjemahan Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 368 (1994).

[25] Penterjemahan Sunan At Tirmidzi, Buku 3, 369 (1994).

[26] Zainal Ariffin Abbas, op cit, 51; Hj Mohd Sulaiman Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf (Pengantar), 30 (1997).

[27] Akram Diya Al-Umari, Masyarakat Madinan pada masa Nabi Vol.1, 86 (1991).

[28] Akram Diya Al-Umari, op cit, 91; Sahih Al Bukhari Vo1. 8, 308 (1990).

[29] Penterjemahan Sunan At Tirmidzi Bk. 4, 19 (1993).

[30] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit

| Category: gnosticism | 4 comments | Leave a comment

Back to top

You can leave a comment via:

Loading Facebook Comments ...

You can leave a comment through facebook (above) or the form below:



4 comments to “SESUDAH MAKRIFATULLAH – Keredhaan (6)”

  1. MOHD ANIS BIN MOHAMED ARIFF

    Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat Allah yang telah memberi petunjuk kepada Ustaz untuk menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai ‘Abdal’ (Orang-Orang Allah).

  2. ahmad

    salam .. Saya telah menonton video makrifat ust.dan membaca beberapa artikel yang ust tulis. memang mudah utk mencapai makrifat tidak oerlu memakan masa yg lama. dan setelah mencapai makrifatullah .. iaitu setiap yg ujud bermula dengan zatnya.. dan bergantung kepada zatnyajua.apabila sudah sadar maka ingatlah kepada Allah sebanyaknya dan setiap masa.

    masalahnya ustat apabila kita manusia ingat kepada sesuatu pasti pandangan kita akan terbayang tentang apa yang kita ingat. contoh apabila saya teringat kepada ibu saya .pasti akan ia akan terbayang pada ingatan saya. atau sesiapa saja yang saya kenal saya akan terbayang akan bentuknya.. bermakna dimana kita ingat disitu kita nampak..

    dan kita tidak dapat ingat kepada apa yang kita tak kenal dan kita tak pernah nampak apatahlagi untuk membayangkan zatnya.

    soalannya apabila kita ingat Allah apa yang kita nampak dan terbayang pada fikiran kita.sekian

  3. Ustaz A L Hussien

    Apabila anda mengingat diri anda. Anda tidak mengeja nama anda dalam minda anda ataupun membayangkan muka anda dalam minda anda. Begiti juga apabila anda mengingati Allah jangan mengeja namaNya dalam minda anda ataupun membayangkan apa-apa pun. Ingat sahaja seperti anda ingat nama anda. Kalau anda pratikkan ini selalu anda akan dapat mengingati Allah swt tanpa menyirikkanNya dalam minda anda.

  4. farhan mohd.

    Aslkm Cik Ahmad disini saya mengambil kesempatan untuk menjemput anda untuk menghadiri Seminar Makrifatullah yang akan diadakan pada tanggal 25 sept 2011 dan 6 Oct 2011pada hari Ahad ini.
    Ada dua jadual waktu 1) jam 9pagi-1ptg
    2) jam 2ptg-5ptg anda bolih hadir pada salah satu jadual waktu atau hari tersebut. Sila jemput keluarga dan sahabat handai jikalau mereka berminat.
    Disini Insyallah akan diajar bagaimana utk mengigati Allah sepanjang waktu dan ilmu Makrifatullah yang lainnya.
    Wassalam.

Back to top