Makrifatullah videos on Youtube [Malay/English]

Published on July 12th, 2011 — 12:45am

Seminar Makrifatullah videos in Malay and English are now online!

English:

Gnosticism Seminar in Perth, Australia

Melayu:

Makrifatullah 1 Part 1

Makrifatullah 1 Part 2

Makrifatullah 1 Part 3

Makrifatullah 1 Part 4

Makrifatullah 1 Part 5

Makrifatullah 2 Part 1

Makrifatullah 2 Part 2

Makrifatullah 2 Part 3

Makrifatullah 2 Part 4

Makrifatullah 2 Part 5

Makrifatullah 2 Part 6

| Category: gnosticism | 7 comments | Leave a comment

Back to top

7 comments to “Makrifatullah videos on Youtube [Malay/English]”

  1. Mohd Jalani Mohd Zain

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya mengikuti ceramah dan karangan Ustaz melalui laman web ini. Boleh kah Ustaz izinkan saya untuk mengamalkannya, dan izinkan saya untuk menyampaikan kepada Isteri, anak2 dan keluarga . Bolehkah Ustaz emelkan kepada saya ceramah tentang HATI TERJAGA, HATI BERCAHAYA & HATI TERBALIK (Terbuka mata ketiga). Saya menyakini 100% tentang MAKRIFATULLAH jalan Nabi2 . Sekian terima kasih .

  2. Rosli Misar

    Aslkm Sdr Jalani, Alhamdulillah kpd Allah kerna mengurniakan minat ini kpd anda. Video yg anda tontoni itu adalah sebagai panduan apa yg akan disampaikan dan diajarkan, ada lebih dalam lagi tentang ilmu makrifatullah ini yg kesemuanya berlandaskan Alquran dan AsSunnah. Anda dinasihatkan supaya mengikuti seminar yg akan diadakan pd 15 Jan 2012, pendaftaran dibuka sekarang. Anda bolih menghubungi saya pd talian+65 93228122 atau email ke: farhan4u2c@yahoo.com.sg utk keterangan lanjut. Tkasih.

  3. ali hamzah

    assalamualikum wrb ustaz…roh kita berasal dari luh mahfuz dan kita akan dikembalikan juga ke luh mahfuz. Ada tak cara atau amal kita membolehkan kita tahu bila kita akan balik dan bagaimana cara kita balik ke luh mahfuz.

  4. hussien Bin abdul latiff

    Wlkm slm. Jawapan pada soalan and ada di firman-firman ini:

    “Tidak seorang di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah.”
    An Naml (27):65; Al Maidah (5):109; 116; Al Jin (72):26.

    “Pada sisi Allah-lah kunci-kunci yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia.”
    Al Anaam (6):59.

    “Dan sekiranya aku (Muhammad) mengetahui yang ghaib tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan.”
    Al Araaf (7):188.

    Kesimpulannya, kalau Rasulullah saw tidak tahu masa baginda akan wafat seperti dijelaskan di ayat di atas ini mana mungkin kita boleh melebihi baginda.

  5. ali hamzah

    assalamualaikum ustz…terimakasih

    say ada baca buku hakikat insan karangan Tuan guru Haji Ahmad Laksamana yang mengatakan bahawa sekiranya seseorng itu telah mencapai tahap makrifat arifbillah..dia boleh bertemu Rasullulah serta sahabat dan boleh belajar ilmu. Dan dalam buku tersbut juga datuk guru tersebut menceritakan bila beliau mengetahui ajalnya, dimana dia dikebumikan dan bagaimana keadaan kburnya.

    Dalam buku tersebut juga Datuk beliau telah diajar oleh Rasullulah tentang cara mengerjakan solat sebagaimana Rasullulah Solat dgn disaksikan para nabi….

    Apa pandangan ust…

  6. Hj Hussien Bin Abdul Latiff

    Sila lihat Fatwa di bawah ini berkenaan Hakikat Insan. Pandangan saya anda jangan terlibat dalam Ilmu ini.

    Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan, Warta pada 3 Julai, 1986.Setelah mengkaji isi buku ‘Tajalli’ dan Hakikat Insan’ karangan Haji Ahmad laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata-syirik, sesat, khurafat, kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan demikian. Jemaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad laksaman bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat’.

    Mahkamah Kadi Besar Kelatan mensabitkan tiga (3) kes iaitu di bawah Seksyen 68 [10(m 69 dan 74)] Undangundang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan menghukum:

    i. Mengajar atau memberi penerangan Ugama tanpa kebenaran tauliah dari Majlis – dihukum denda RM250.00 atau sebulan penjara.

    ii. Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan dengan hukum syarak – humum denda RM250.00 atau 3 bulan penjara.

    iii. Mengeji dan mencaci Ugama Islam – dihukum denda RM1,000.00 atau 6 bulah penjara.

    iv. Kejadian berlaku pada 4 Oktober 1985 jam (10.00 malam) atas aduan yang dibuat pada 5.10.1985 dan pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Kelantan.

  7. ali hamzah

    assalamualaikum ust…saya masih baru dalam belajar ilmu makrifat dan sedang teruja mencari dan nak mengenal Allah. Bagaimana dan apakah caranya yang perlu saya lakukan sebab kebanyakkan masjid-masjid di sekitar kuala lumpur hanya bertumpu kepada ajaran fekah dan syariat sedangkan kita dituntut untuk belajar makrifat.

    Saya juga ada membaca buku mengenal diri karangan tok kenali..apa pandangan ust mengenai buku ini…

    terima kasih


Leave a Reply



Back to top