New Makrifatullah & Nazam videos

Published on July 31st, 2011 — 3:03pm

Makrifatullah 3 – Pembersihan (MALAY)

Makrifatullah Nazam – “Ku mencari-Mu”

Makrifatullah Nazam – “Tuhanku yang Satu”

| Category: gnosticism | 1 comment | Leave a comment

Back to top

1 comment to “New Makrifatullah & Nazam videos”

  1. Faridah Bte Mansor

    Alhamdullillah, hanya pada mu Ya Allah hamba mu yang hina ini memohon ampun seluas luas mata memandang pada yang ada disekeliling diri ku ini dan yang tidak kelihatan dari keajaipan mu.

    Senikata yang menyusuk hingga menitis air mata terasa benar betapa rindunya pada mu Ya Allah. Memang benar tak kenal maka tak cinta, apabila sudah kenal, akan sentiasa mengalir air mata, terusik hati yang kecil ini bergegar seluruh anggota terasa betapa rindunya.

    Terimakasih Ya Allah kerana telah meminjamkan suami ku Mohd Rosely Anan yang selalu membimbing diriku dan anak-anak untuk selalu mendekati, mengenali, menyayangi, mengadu, memohon dan bersyukur dengan apa yang dah diberi pada masa dahulu, sekarang, dan yang akan datang dengan penuh keiklasan dan keredaan.

    Ya Allah ya tuhan ku, hanya pada mu ku bermohon agar yang akan datang diberikan kepada yang berbahagia Ustad Hussein bin Abd Latiff di beri kesihatan dan agar dapat memperluaskan ilmu Allah yang begitu berharga pada insan-insan yang masih mencari, maha esanya Allah.

    Insyaallah semuga kita selalu diberkati rahmat dan hidayat mu Ya Allah dan menyayangi dan menghormati setiap dzat yang ada di tubuh kita dan disekeliling kita, yang telah Allah yang maha dari segala apa pun pinjamkan. Amin….

    Indahnya bunga dan di pandang mata
    lembut dipegang ibarat si sutera
    Tapi tidak sama dengan Allah yang maha esa
    Lembut dan indahnya tidak ada bandingnya.


Leave a Reply



Back to top