Feedback from participants
Published on September 8th, 2009 — 1:25am
5 comments
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah, kesedaran melalui ilmu Marifatullah yang disampaikan oleh Ust. Hussein, Banyak merubah kehidupan saya dari segi ibadah dan keperibadian. Kini kenikmatan ibadah lebih terasa, lebih tumpuan dan bermatlamat. Perwatakan saya berubah dari seorang yang pemarah, stress, dan banyak bergantung kepada manusia kini ini semua tidak lagi memberi kesan kepada saya setelah saya faham mengenai Pencipta dan ciptaan-Nya. Ilmu ini memberi saya kesedaran yang amat mendalam serta ketenangan kepada jiwa saya. Sesungguhnya, Qadha dan Qadar sebenar-benar wujud dan Syukur dan Redha adalah amalannya. Kini setiap kemusykilan dan permasaalahan akan hanya saya tujukan dan hadapkan kepadaNya Yang Maha Esa. Kerana kini hati ini akan hanya mengingati-Nya, sentiasa, Insya Allah.
-Abdul Hamid Bin Saion, Pasir Ris
Published on September 8th, 2009 — 1:32am
1 comment
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah diberi peluang menghadiri seminar Marifatullah bimbingan Ust Hj Hussein Abdul Latif, dimana dengan izin Allah ianya telah dapat mengubah kehidupan saya keseluruhannya. Dari seorang yang tiada keyakinan diri dengan izin Allah jua seminar ini dapat membuka minda saya sekali gus membentuk saya menjadi seorang yang berwawasan dan lebih “mantap” dalam melaksanakan ibadat kepada Allah. Didalam seminar ini saya diberi kefahaman dan peringatan pentingnya membetulkan aqidah dimana peserta sering diingatkan betapa pentingnya bersyukur, redha, tawakal, mengharap dan bergantung (berserah) hanya kepada Allah. Natijahnya kini saya bertambah kecintaan kepada Allah, lebih tenang dan tabah dalam menjalani kehidupan ini.
Akhir sekali bersyukur saya kepada Allah diatas Rahmat-Nya kerana berpeluang menimba ilmu dengan seorang pensyarah yang bersifat pendidik dan berharap siri-siri ceramah Marifatullah dapat diteruskan bagi menjana masyarakat Islam yang berilmu dan benar-benar beriman kepada Allah SWT.
-Fatimah Binte Ibrahim, Pasir Ris
Published on September 8th, 2009 — 1:38am
1 comment
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Sejujurnya ia adalah kelas/pelajaran agama yang paling menarik/berkesan yang pernah saya ikuti, samaada di dalam mahupun di luar negara termasuk di pesantren.
Menitikberatkan perihal dalaman. Sebagaimana perjuangan Nabi Muhammad SAW, melakukannya di peringkat awal misinya. Ternyata saya berminat untuk terus mengikutinya, apabila Ustaz Hussein mengajar cara mengeluarkan roh melalui dahi seperti mana ‘Budhism’ dapat dipraktik sangatlah menarik sekali. Ketenangan dan kebahagiaan semakin terasa berbanding sebelum mengikuti kelas Marifatullah ini. Lebih-lebih lagi, mengikutinya bersama-sama orang tersayang!
-Halimah Binti Madon, Guru, Woodlands
Published on September 8th, 2009 — 1:44am
6 comments
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Pada akhir tahun 2008, saya dan keluarga telah mengikuti kelas Marifatullah, bimbingan Ustaz Hussein Abdul Latif. Ketika itulah saya berkata di dalam hati bahawa inilah guru yang sudah beberapa lama saya cari. Kerana sebelum itu saya memahami sebahagian Surah Al Baqarah, ayat 115: “ maka ke mana saja kamu mengadap di situlah wajah Allah…” demikian pula dengan sebahagian Surah An’am, ayat 59 : “…tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan diketahui-Nya. Dan setiap atom yang jatuh dalam kegelapan bumi, baik yang lembap ataupun yang kering, semua itu diketahui Allah…”.
Sebagai seorang Islam yang beriman akan Allah dan Al-Quran; hal itu tanpa soal bagi saya. Tetapi ketika Ustaz Hussein menjelaskan; mengapa ‘Ke mana saja kita mengadap di situlah wajah Allah’ dan ‘Allah mengetahui benda sekecil atom yang jatuh di dalam gelap’; kerana setiap makhluk dan benda di bumi dan di langit dicipta oleh Allah. Dan di balik tiap ciptaan-Nya ada dzat Allah! Menjadikan hal itu cukup jelas sekali bagi saya.
-Hj Suratman Markasan, Penulis dan penyair, Woodlands
Published on September 8th, 2009 — 1:50am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya amat bersyukur dapat mempelajari Ilmu Marifatullah yang di ajar oleh Ustaz Hj Hussein, perubahan pada diri saya amat ketara sekali. Alhamdulillah.
-Mohamed Laili Bin Hassan, Bedok North St 13
Published on September 8th, 2009 — 1:58am
2 comments
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah saya mengikuti kelas Marifatullah oleh Ustaz Hussein, saya menjadi suka untuk sembahyang atau ke masjid. Kalau sebelumnya saya selalu ‘boring’ walaupun mama saya ‘upah’. Kadang saya tertidur ketika mendengar khutbah Jumaat. Macam tidak boleh difahami. Alhamdulillah kini, mengikut ceramah dari pagi sampai petang pun boleh, Insya Allah. Kalau dulu saya selalu geram dengan semut atau serangga perosak, saya bunuh. Kini, saya tahu bukan saja saya sayang kepada sesama manusia tapi binatang, tumbuh-tumbuhan dan segala-galanya, kerana di sebaliknya, saya yakin ada dzat Allah.
-Muhammad Hidayat Suratman, Pelajar Menengah 1, Woodlands
Published on September 8th, 2009 — 2:03am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah saya telah diberi peluang dan dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat Ilmu Marifatullah ini dan berterimakasih pada Ustaz Hussein kerana telah menyampaikan ilmu ini dengan berkesan sekali.
Keberkesanan Ilmu Marifatullah amat berkesan pada diri saya dalam menghadapi pasang surut kehidupan ini dimana saya lebih bersyukur dan redha diatas segala ketentuan Allah SWT. Saya lebih redha diatas segala ujian-Nya yang datang kerana menyedari bahawa “Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.”
Ketenangan dan kenikmatan beribadah lebih terasa. Dengan izin Allah segala ibadah yang dulunya berat menjadi ringan dan mudah. Tiada lagi bergantung harapan pada manusia, karamah dan benda-benda ciptaan yang lain. Hanya Allah SWT lah tempat meminta dan bergantung kerana Dia Maha Segala-galanya. Semoga hati ini dapat sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa berada di jalanNya, Insya Allah.
Saya berdoa agar Ilmu Marifatullah ini dapat berkembang dan disampaikan pada lebih ramai lagi masyarakat Islam kita disini mahupun di seluruh dunia. Insya Allah, Amin.
-Raheeman Adam, Hougang
Published on September 8th, 2009 — 2:09am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan mengikuti kelas Ilmu Marifatullah yang dipimpin oleh Yang Berhagia Ustaz Hj Hussein Bin Abdul Latif, saya memperolehi ketakwaan, kesabaran diri dan ketenangan minda. Penjelasan dan ceramah beliau walaupun ringkas tapi mantap. Moga-moga beliau mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Amin.
-Buhari Bin Yateni, Bedok South Rd
Published on September 8th, 2009 — 2:12am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Syukur Alhamdulillah saya dapat mengikuti dan mempelajari Ilmu Marifatullah ini yang dibimbing oleh Ustaz Hj. Hussein.
Alhamdulillah Ilmu Marifatullah ini telah banyak memberi perubahan dalam penghidupan saya. Dari seorang yang kurang keyakinan diri dan sering bertanya kenapa dan mengapa, kini saya telah menyedari hakikat yang sebenarnya dan sentiasa redha dan tawaduk diatas segala yang terjadi dan yang menimpa keatas diri saya kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz.
Dengan pekerjaan saya yang rumit yang senantiasa stress dengan banyak masaalah di pejabat. Alhamdulillah setelah saya buat penyerahan kepada Allah SWT, segala masaalah dapat di selesaikan dengan begitu mudah, cepat dan teratur. Saya rasa lebih tenang kehidupan diatur oleh Allah SWT.
Hidup ini wajib sentiasa menyerah pada Allah SWT kerana
DIA MAHA BIJAKSANA, MAHA PENGASIH,
MAHA PENYAYANG DAN MAHA PENGAMPUN.
-Fauziah Mohamed Noor, Draughtwoman / Surveyor, Hougang
Published on September 8th, 2009 — 2:22am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan ilmu Marifatullah yang saya hayati sekarang saya merasa amat meyakini diri saya yang saya telah benar-benar mengenali Dia dengan Hak, Insya Allah; Dan saya bersedia mempertahankan keyakinan ini di samping meyakini orang lain. Insya Allah.
-Hj Mohd Zain Othman, Yung Sheng Road
Published on October 10th, 2009 — 3:43am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah, setelah menghadiri seminar Marifatullah, saya amat mengharapkan petunjuk serta diredhai oleh Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah.
-Mohamad Taha Hamzah, Tampines
Published on October 10th, 2009 — 7:43am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Perubahan yang begitu ketara bagi saya ialah dapat mengenal Dzat hakikat segala ciptaan dan Dzat Yang Maha Agong. Kerana selama ini saya menganggap kesemua ciptaan itu adalah Dzat Yang Maha Agong, hingga sesetengahnya mengaku “Allah”.
Alhamdulillah, apabila datang kesedaran, barulah tahu kesemua ciptaan adalah lebih kecil daripada sebiji pasir kepada Dzat Allah, alangkah lemah dan hina diri ini.
-Mohsin Bin Saion, Ang Mo Kio
Published on October 10th, 2009 — 7:44am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Seminar ini memberikan penerangan yang sangat terang dan jelas tentang sifat-sifat Allah seperti Allah Maha Besar, Maha Luas, Maha Melihat dan sebagainya. Kefahaman ini memberikan makna yang mendalam bagi saya untuk memahami tanda-tanda kebesaran Ilahi. Saya berasa mendapat kunci, penyingkap tabir dan dinding untuk lebih dekat kepada-Nya. Seterusnya berasa lebih kenikmatan dan kemanisan beribadah kepada-Nya. Syukur, Alhamdulillah.
-Noorkhairati H Ahmad, Kembangan
Published on October 10th, 2009 — 7:45am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Tiada dapat hendak saya ringkaskan di kertas nan putih ini. Selepas mendapat ilmu ini saya lebih selesa kalau dapat duduk bermujahadah dengan Allah saja. Itu yang paling best saya alami. Dengan rahmat-Nya saya ingin sangat mengingati-Nya selalu. Tapi itu hak Dia kerana saya sudah faham bahawa saya tiada daya dan upaya. Pada pandangan (Matahati) saya tiada yang ada hanya Allah saja. Mudah-mudahan Allah izinkan saya beriman padaNya dan berada di dalam rahmatNya sentiasa. Allah Yang Satu. Amin.
-Amran Bin Abdul Wahab, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 7:50am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah, dengan Ilmu Marifatullah yang saya dapat pada 1994, saya dapat mengenal Allah dengan jelas dan dapat bezakan antara yang hak dan yang batil.
Syukur pada Allah dengan ilmu ini juga saya di anugerah puasa sunat dari Allah.
Dahulu saya selalu munajat pada Allah untuk tahu sama adakah ilmu ini tulin atau pun tidak. Pada Aug 1995, saya di jemput oleh Allah ke Makkah. Saya dapat ilham yang susah nak di terangkan pada umum. Pada 1997, sekali lagi di jemput menunaikan fardhu haji bersama adik dan isteri saya. Semasa itulah banyak ilham yang saya dapat dari Allah. Dari itu saya yakin dengan hakkul yakin, yang inilah ilmu yang sebenarnya. Dan saya pegang hingga hari ini.
-Mohd Zaini Bin Minhat, Teknisyen
Published on October 10th, 2009 — 7:50am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu wataallah yang telah mengurniakan Ilmu Marifatullah kepada saya dan yang merubah diri saya.
1) Menambah ketaatan saya beribadah kepada Allah.
2) Mendapat tumpuan (focus) ingatan kepada Allah sewaktu mengerjakan solat dan di luar solat.
3) Memberi kekuatan pada saya dapat mengerjakan puasa sunat 5 hari dalam masa seminggu.
4) Dapat bangun malam mengerjakan solat tahajjud dan tadarus Al-Quran.
5) Memberi ketenangan dan ketenteraman dalam hati.
-Bohari Bin Kirom, Teknisyen
Published on October 10th, 2009 — 7:54am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, baru saya kenal erti kekata “Awaluddin Marifatullah” iaitu “Awal Agama Mengenal Allah” .
Setelah mengenal Allah lebih dekat lagi. Hati saya benar-benar tenteram dan tenang. Dan dengan ketenangan ini lah saya dapat sentiasa mengingati-Nya selalu. Dan saya dapat melakukan amal-amal ibadah saya dengan sempurna untuk-Nya.
Syukur saya pada ‘Mu Illahi’ yang selalu memberi ilmu kepada saya, dan dengan ilmu Marifatullah inilah juga yang banyak ‘Rahsia-rahsia-Nya’ terbongkar yang selalu mengusik di hati saya hingga menitiskan airmata untuk-Nya. Bila benar-benar sedar akan kebenaran-Nya. Saya bersyukur kepada Mu Ya…Allah.
Syabas!! saya ucapkan kepada Ust Hj Hussien Bin Abdul Latiff yang mana beliau berjaya membimbing saya pada satu pendekatan yang tulus, tepat dan jitu, dalam menyelongkarkan pengertian ilmu Marifatullah yang sebenar-benar nya.
Amin…Amin…Amin…Ya Robbal A’lamin.
-Mohammed Rosely B Anan, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 7:57am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillaahir Rahmanaanir Rahim
Syukur saya pada Allah yang memberi saya Ilmu Marifatullah.
Alhamdulillah, setelah dapat ilmu ini saya dapat merasakan satu perubahan di dalam hidup saya.
Di mana matahati saya tidak lagi ‘BUTA’. Malahan saya, nampak sungguh terang dan jelas KewujudanNya, KebesaranNya dan KemuliaanNya. Dan saya benar-benar mengagumi IlmuNya dan semua ciptaanNya yang saya ketahui atau pun tidak.
Sesungguhnya, memang benarlah, ‘dari Dia kita datang kepada-Nya kita pulang’. Dan tiada apa pun yang ada pada diri hambaNya. Yang ada, semuanya adalah Hak Nya.
Ilmu ini benar-benar ‘membuka’ matahati saya yang membuat saya selalu merasa sebak di dada hingga menitis airmata dan meresap di keseluruhan anggota badan saya. Ilmu ini benar-benar menakjubkan !!! Subhan Allah !!
Saya bersyukur juga bahawa suami dan anak-anak saya juga mendapat ilmu ini. Alhamdulillah. Syukur pada Allah dan jutaan terimakasih saya kepada Ust. Hj Hussien Bin Abdul Latiff yang telah menyampaikan ilmu ini dengan sungguh berkesan sekali dan kepada IPA yang mengelolakannya. Semoga Allah memberkati usaha kamu semua di dunia dan akhirat. Amin. Dan semoga ramai lagi yang dapat mengikutinya Amin 3X. Ya Rabbal Alamin..Amin.
-Mahani Bte Abdul Latiff, Surirumah, Tampines
Published on October 10th, 2009 — 7:58am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Alhamdulillah Ilmu Marifatullah memberi kesan kepada saya.
a)Dengan ingatan Allah saya dapat menjalankan ibadat sholat dengan baik dari sebelum itu.
b)Bertahajjud tidak merasa malas dan ngantuk
c)Berpuasa 5 hari dalam seminggu
d)Bersedekah walaupun sedikit
e)Membaca Al-Quran tidak kira waktu siang dan malam dengan rasa syahdu
f)Jika dapat masaalah kepada Allah ku mengadu, jiwa merasa merasa tenang dan tenteram dan juga selalu menangis ingatkan berapa banyak dosa kita dan kecilnya kita di sisi Allah
-Normah Bt Aman, Surirumah
Published on October 10th, 2009 — 7:59am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Mulanya saya tak percaya ada seorang guru boleh mengajar Ilmu Marifatullah ini dengan percuma pula. Setelah mengikuti seminar ini, maka tidak keterlaluan kalau saya memuji Ustaz Hussien seorang yang dalam ilmu dan banyak pengalaman di dalam bidang ilmu ini.
Sehingga dapat membuka hati mencapai Marifatullah dengan mudah, cepat, berkesan, jelas lagi benar ajaran beliau.
Kini saya merasakan sesuatu yang baru dalam kehidupan ini. Dapat mengerti siapa itu Allah dan siapa itu makhluk. Lebih tertumpu ingatan ketika ibadah. Bertambah ibadah seperti menambah ibadah-ibadah sunnat. Mula dapat berpuasa sunnat, melakukan sembahyang-sembahyang sunat rawatib, diri lebih menjadi lembut dan jiwa lebih tenang. Yang terhebat sekali ialah merasai “Redha” atas segala-galanya. Sekian.
-Rosli B. Mohd Misar, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 8:00am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya terpanggil untuk mengikuti kelas ini. Sepanjang mempelajarinya, saya berasa sangat bersyukur akan peluang dan kefahaman yang di perolehi. Saya juga telah meraih banyak manfaat dari pengajian sedemikian. Ia telah menjadikan saya seorang yang lebih yakin diri.
Kepercayaan, kesetiaan, kejujuran, ketaatan dan keikhlasan melambangkan sifat-sifat orang Marifatullah.
Tiada ketenangan yang abadi
Hanya ia terdapat di lubuk hati
Tapi, bila ia telah di lukai
Hancur, remuk seluruh sanubari
Namun jika ada keikhlasan diri
Sudah pasti hidup di berkati.
-Fatimah Abdollah, Choa Chu Kang
Published on October 10th, 2009 — 8:01am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Segala puji bagi Allah SWT dengan kurnia-Nya dan bermula Ilmu Marifatullah ini di perkenalkan oleh Ustadz Hj Hussien yang membimbing hingga hari ini. Saya sangat bersyukur tak terhingga terus mahu pelajari akan keagungan Allah SWT yang amat meluas dan membentuk kerohanian dan ibadah lebih sempurna demi mempertingkatkan ibadah yang mantap serta merubah kepada kebaikan dan ketaqwaan hanya untuk Allah yang Maha Agung dengan hakkul yakin.
-Maimunah Bte Ismail, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 8:02am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Memang tepat sekali peribahasa melayu , ‘bagai katak bawah tempurung’
Inilah keadaan saya sebelum mempelajari ilmu MARIFATULLAH.
Selepas kurang lebih 30 tahun, barulah saya diberi hidayat dan taufiq oleh Allah swt untuk mempelajari ilmu ini.
Subhanallah! Alhamdullilah! Sungguh menakjubkan!
Saya belajar ilmu ini menerusi kuliah kuliah yang di sampaikan oleh Ustadz Hussein Bin Abdul Latiff sejak tahun 2006.
Selepas mendalami pelajaran ilmu ini, saya sedar akan pentadbiran Allah Azza Wajalah di langit dan di bumi. Sungguh terang dan nyata sekali. Kesedaran demi kesedaran diiringi dengan keinsafan sehingga timbul suatu pandangan yang amat luas kebesaran Allah swt tanpa batasan.
Sebelum makrifah, ibadah saya seperti manisnya buah dan sesudah itu, manisnya seperti madu. Yang berkesan sekali ialah nikmatnya beribadah dan ketenteraman jiwa. Pandangan kejadian yang terbentang seharian, dapat dilihat betapa Allah swt Maha Pengatur. System system pentadbiranNya sungguh tersusun dan tiada satupun yang Dia adakan sia sia.
Banyak lagi hujah hujah berkenaan ilmu ini yang boleh saya kongsi bersama. Inshallah akan saya teruskan mendalami ilmu ini dengan menghadiri kuliah kuliah berlanjutan.
Saya akhiri dengan beberapa pantun.
Waktu bayi, nak sesuatu nangis melolong
Sesudah dewasa, angkuh dan sombong
Sebelum makrifah, blur macam sotong
Sesudah itu, ilmuNya tiada penghujung
Tikar mangkuang tikar asli
Tikar plastik tikar baru
Orang makrifah tengok dengan ‘mata hati’
Orang ikhsan pandang hanya pada yang Satu
Sarapan pagi mi siam dan lontong
Makan tengah hari berulam jantung
Hidup didunia tiada yang rugi mahu pun yang untung
Hanya pada Allah kita sembah dan tempat bergantung
Dunia diluar adalah dunia didalam
Dunia didalam adalah dalam dunia didalam
Sebenarnya kita diushakan dan difikirkan
Bukan masok bakul angkat sendirian
Wallahualam bissawab
Zainalanan 2009
-Zainal Bin Anan, Bukit Batok
Published on October 10th, 2009 — 8:03am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
I’m fully aware of the purpose of creation when previously reluctant to submit totally to Allah.
Prayers quality upgraded tremendously. Thanks to Allah and Ustaz for what I am today.
-Aisha Beevi d/o Samsudeen, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 8:03am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya seorang yang sangat daif tentang ilmu agama. Saya hanya berpandu pada asasnya saja. Beberapa kejadian yang menimpa diri saya telah membuat saya terfikir kenapa, mengapa ianya terjadi pada diri saya. Adakah Allah hendak memberitahu dan menunjukkan sesuatu pada saya? Apakah hikmah disebaliknya. Pernah saya merasakan satu perasaan sayu, sedih dan suara hati menyuruh saya meninggalkan keduniaan dan pergi ke satu tempat di mana tak ada orang yang menggangu saya dan saya hanya ingin mengingati Allah saja. Tapi saya tak boleh lakukan sebab saya ada keluarga dan tanggungjawab.
Sehinggalah satu hari, kawan saya memperkenalkan saya pada kelas Marifatullah ini. Dengan lafaz niat ingin membersihkan hati dan ingin mendekatkan diri pada Allah, Alhamdulillah walaupun saya lembab tapi banyak ilmu & pengetahuan yang saya dapat dari kelas ini. Tak sia-sia saya menghadiri kelas ini walaupun pada mulanya saya rasa sedikit cuak. Dan sekarang saya dapat rasa ketenangan dalam diri saya. Walaupun ada bermacam masalah, saya tak rasa ianya membebankan saya sebab saya tahu Allah ada untuk menolong saya. Alhamdulillah, terimakasih Ustadz.
Saya sarankan kepada anda yang ingin merasakan & mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Marifatullah, marilah sama – sama menghadiri kelas ini.
-Hamidah Hj Kassim, Pasir Ris
Published on October 10th, 2009 — 8:03am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya Hawa Bte Naina Mohamed bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dapat mengikuti kelas Marifatullah.
Dengan mengikuti kelas ini, saya dapat mengenal Allah dengan matahati . Solat saya lebih khusyuk lagi dan keimanan saya kepada Allah bertambah teguh lagi.
Saya ucapkan terimakasih kepada Ustaz Hj Hussien yang banyak membimbing saya.
-Hawa Bee Bte Naina Mohd, Senja Road
Published on October 10th, 2009 — 8:04am
1 comment
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1.Dengan izin Allah SWT memberi petunjuk kepada saya untuk mempelajari Ilmu Marifatullah melalui perantaraan Ustaz Hussien B Abdul Latiff.
2.Dengan ada ilmu Marifatullah saya faham, Allah SWT adalah nama sebenar yang diberi kepada selurohnya Dzat wajubul wujud yang berhak disembah.
3.Kini saya faham di sebalik kesemua bumi dan langit dan isi-isi nya ada Dzat wajibul wujud.
Aku Marifatullah kepada Tuhanku dengan Tuhanku juga.
-Hj Yusop B Hj Nordin, Ang Mo Kio
Published on October 10th, 2009 — 8:04am
2 comments
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Hati menjadi tenang apabila mengingati-Nya semasa di datangi dugaan.
-Jalil Bin Md Hassan, Taman Perling, Johor
Published on October 10th, 2009 — 8:06am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah setelah mencapai Ilmu Marifatullah, keadaan diri berubah.
1.Dapat memfokuskan ingatan Allah di dalam minda
2.Minda lebih tenang setiap masa
3.Dapat membezakan antara posisi Allah dan posisi makhluk
4.Dapat menjalankan ibadat dengan tenang dan khusyuk.
-Johan Bin Ketot, Pasir Ris
Published on October 10th, 2009 — 8:06am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah mempelajari Ilmu Marifatullah ini saya telah dapat melihat bukan saja dengan mata kasar tetapi juga dengan mata hati. Malahan saya juga boleh berkomunikasi dengan mata hati (minda). Sehingga waktu saya menunaikan ibadah umrah saya mendapat sesuatu yang saya rasakan……Subhanallah! Nikmat! Terasa. Allah saja yang mengetahui.
-Marhama Binti Sulaiman, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 8:06am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Assalamualaikum. Semenjak saya belajar ilmu ini saya banyak berubah dan cakapan saya boleh menasihatkan orang yang bermasaalah, dan fikiran saya tenang serta khusyuk sekali dan saya dapat mendekati dengan Allah.
Saya bersyukur kepada Allah, saya diperkenalkan dengan Ustaz Hussien. Ini semua urusan Allah kepada saya dan mudah-mudahan saya akan mendapat ilmu ini di dunia dan akhirat. Wassalam. Terimakasih.
-Lin, Clementi
Published on October 10th, 2009 — 8:07am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Sebelum ku berMarifatullah, ku hidup dalam alam “Murung” selama 25 tahun yang lalu. Begitu perih untuk dikenang. Alhamdulillah kini ku amat-amat bersyukur diatas kurniaan-Nya menjadikan ku insan berMarifatullah, lebih-lebih lagi penjelasan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Hussien amatlah terang dan dapat ku merasakan sentuhan-sentuhan ilmu itu yang ada persamaan serta mudah dikaitkan dengan pengalaman hidup ku yang lalu.
Begitu ketara perubahan diri ini setelah memahami akan Marifatullah dari segi pakaian, pandangan dan perasaan ku, malah istimewa lagi dapat ku laksanakan ibadah kerana-Nya. Tiada dinafikan, ini adalah anugerah yang menusuk sanubari ku, yang tidak tahu bagaimana nak ku luahkan rasa kesyukuran ini kepada-Nya.
Setiap kali ku terimbas kembali peristiwa pahit yang dahulu, ku akan tersenyum dan terasa nikmat diatas segalanya kerana sudah ku ketahui kini, diri ini beraksi tiada pilihan dan tiada satu pun berlaku tanpa izin-Nya, dan tidak sekali-sekali ku kesali. Kesucian-Mu ku tersentuh. Subhanallah!!
Ku sedar, ku seorang hamba. Insya’Allah akan terus ku beristiqamah kepada-Nya dan kerana-Nya. Tiada akan ku kisahkan apa pun rintangan menghalang, hanya berserah kepada-Nya. “innalillahi wa inna ilaihi rajiun !!”
Alhamdulillah, ku lebih redha kepada-Nya dan terus bermohon diredhai-Nya. Amin.
Disini ku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hussien atas didikan beliau. Semoga Allah memberikan beliau kesihatan yang sempurna, kesabaran serta ceria dalam memperjuangkan agama Allah. Amin.
Akhir kata,
“Kehadiran-Mu, Ketenangan ku.”
-Masturah Bte Mansoor, Tampines
Published on October 10th, 2009 — 8:07am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya lebih mengenal diri sendiri. Lebih mengenal Allah melalui ciptaan-Nya dan melalui Dzat-Nya.
-Mimi Melani Bte Suhasri Anwar, Choa Chu kang
Published on October 10th, 2009 — 8:08am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1.Mengenal Allah lebih dekat.
2.Dapat pembaharuan dalam ibadah.
3.Mengenal Dzat Allah lebih dekat.
-Mohd Aris Bin Dollah, Bedok Reservoir
Published on October 10th, 2009 — 8:08am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Assalamualaikum.
Di sini sebelum saya memasuki kelas Ilmu Marifatullah, saya telah memasuki kelas ESQ (Emotional Spiritual) yang telah diajarkan oleh Bapak Ary Dinajar. Saya berasa bangga apabila diberitahu bahawasanya di Singapura ada kelas ilmu Marifatullah kerana ia adalah sambungan bagi apa yang telah saya mempelajari. Alhamdulillah Ustaz Hussien telah mengenengahkan ilmu Marifatullah secara jelas dan terang dan ia tidak bercanggah dengan aqidah. Mudah-mudahan Allah lindungi Ustaz Hussien dan sekeluarga dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga beliau boleh meneruskan ilmu yang telah dimiliki untuk diajar pada kita yang daif ini. Amin.
-Misron Bin Kersadi, Jurong East
Published on October 10th, 2009 — 8:08am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Terdahulu saya ingin memanjat syukur kepada Allah kerana setelah menyertai seminar Ilmu Marifatullah ini datanglah kesedaran mengenai kebesaran Allah. Siraturahim antara insan bertambah baik. Ibadah bertambah mantap dan terasa ketenangan dalam menjalani segala fatamorgana (cubaan) hidup.
Sekaligus ilmu ini dapat membentuk peribadi saya; kini saya lebih yakin diri dan berwawasan.
-Nafsiah Bte Md Sarbini, Pine Close
Published on October 10th, 2009 — 8:09am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi, Allah Maha Besar
Setelah menghadiri seminar Marifatullah April 2006 kehidupanku mengalami perubahan yang drastis. Dengan bimbangan Ust Hussien ku mendapatkan kefahaman yang jitu tentang Akidah Islam yang selama ini ku cari semenjak 1987. Perjalanan hidupku jadi teratur dan sentiasa dalam ketenteraman segalanya kerana Allah SWT.
Penjelasan yang Ust Hussien berikan tentang Hakikat segala ciptaan daripada DzatNya yang lebih kecil dari sebiji pasir memberi perngertian yang mendalam padaku. Subhanallah kini ku dapat merasai kebesaran Allah SWT betapa selama ini diriku terhijab dari kebenaran. Gegaran yang ku rasakan bagaikan petir yang menyambar. Inilah yang membuat airmataku mengalir setiap kali mengenangkan betapa banyanknya nikamat Allah yang telah ku terima selama ini. Semuga ku dapat mengamalkan segala yang telah ku pelajari dari kelas lanjutan Ust dengan izinNya..
Catatan Kitab IndukNya Loh Mahfuz yang telah Allah SWT siapkan sebelum terjadinya kehidupan memberi ku kefahaman yang begitu berkesan sekali. Kini ku dapat membuat penyerahan secara Total dan Pergantunganku sepenuhnya hanya pada Mu Ya Allah. Keyakinanku pada janji Allah SWT
“Sesungguhnya Tidak Akan Miskin Orang yang Bersedekah”. Insyallah akan ku jadikan amalan hidupku walaupun banyak ringtangannya. Ini adalah peranan yang telah Allah gariskan untukku. Aku redha pada segala ketetapanMu.
Tiada ucapan yang dapat ku ukirkan untuk mengucapkan rasa syukurku pada Allah SWT kerana telah menganugerahkan Ilmu Marifatullah kepada Ust Hussien dan dapat disampaikan kepada semua umat Muhammad SAW. Semuga segala perjuangan dan pengorbanan Ust Hussien diredhai dan diberkati Allah SWT.
Amin.
“Onak dan duri menanti dalam perjalanan insan menuju cinta Ilahi
Hanya kesedaran yang Hakiki menjadi penyuluh untuk kembali kepadaMu Ya Rabbi”
-Nur Aqilah Binte Mohd Salim, Circuit Road
Published on October 10th, 2009 — 8:09am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Ilmu Marifatullah ini telah banyak memberikan saya ketenangan dalam melayari kehidupan. Saya dapat benar-benar sabar. Redha dan berserah 100% dengan Qada’ dan Qadar Allah dan saya dapat beribadah dengan khusyuk.
-Ruzanah Bte Ahmad, Choa Chu Kang
Published on October 10th, 2009 — 8:10am
3 comments
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah menjalani seminar Marifatullah, saya mendapati bahawa saya dapat melihat kehidupan ini dengan lebih jelas kerana pandangan matahati.
Saya rasa dengan ilmu ini, ia dapat membantu untuk memperbaiki kehidupan kerohanian kita. Sesudah ini, saya bermotivasi untuk menyempurnakan dan memperbanyakkan ibadah mengikut jalan nabi-nabi.
Saya sangat-sangat mengesyorkan seminar ini untuk semua lapisan masyarakat.
-Shireen Surip, Jelapang Road
Published on October 10th, 2009 — 8:10am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Ilmu Marifatullah amat berguna bagi saya. Kini saya lebih mengenal Allah dan takut dengan-Nya. Ilmu ini membuat saya melihat dunia dalam perspektif yang berlainan.
Saya bersyukur kerana dapat mempelajari Ilmu Marifatullah ini.
-Zulaikha Surip, Jelapang Road
Published on October 10th, 2009 — 8:10am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dalam kelas Marifatullah ini, saya mempelajari bahawa semua yang terjadi kepada diri sudah tertulis dalam Loh Mahfuz.
Sebagai umat Islam, kita harus banyak membuat ibadah. Saya rasa lebih senang mengingati Allah setelah Ustaz membuka sesuatu rahsia untuk menolong kami sentiasa mengingati-Nya.
Hidup dan keadaan akan berubah setelah kenal Ilmu Marifatullah.
-Siti Sulastri Bte Surip, Jelapang Road
Published on October 10th, 2009 — 8:10am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah mendapat ilmu Marifatullah ini, saya amat berbangga kerana sekarang saya boleh mendapat ketenangan jiwa. Kini saya lebih khusyuk beribadah.
-Surip Bin Jimen, Jelapang Road
Published on October 10th, 2009 — 8:11am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah saya mengikuti kelas “Seminar Marifatullah” yang di kendalikan oleh pengasasnya Ustaz Hj Hussien Bin Ab. Latif, dan mengikuti kelas lanjutan nya , saya bersyukur kepada Allah SWT atas keberkesanannya kepada diri saya dan kehidupan saya di dunia ini. Juga saya dapat mengenal Allah SWT lebih dekat lagi.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz yang membimbing saya selama ini. Amin.
-Esah Ab. Javar, Senja Road
Published on October 10th, 2009 — 9:25am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Penjelasan yang disampaikan Ust. Hussien telah mengubah persepsi saya tentang eksistensi Allah sebagai yang Maha “Creator” dan manusia serta seluruh alam semesta yang hanya “creation” saja.
Penjelasan Ustadz sepertinya sederhana karena siapapun bahkan yang muda belia akan mudah untuk memahaminya, tetapi saya yakin bukan senang untuk mendapatkan ilham sedemikian (kalau bukan karena ijin Allah SWT).. Seperti “cracking the logical puzzle”, serupa dulu sewaktu belajar Philosophy (Analytic Existensialism), Hanya yang berbeza kalo belajar Marifatullah setelahnya kita merasa lega, bahagia dan bersyukur. Alhamdulillah saya dapat hadir di Seminar Marifatullah, ibaratnya saya sudah mendapatkan jalan “shortcut’, dan insya Allah akan menjadi awal untuk perjalanan selanjutnya dalam berugama dengan lebih baik (Awaluddin Marifatullah). Kepada Ust. Hussien, Jazakumullah khairan katsiraan.
-Hani Wahyuni, Tanglin Halt Road
Published on October 10th, 2009 — 9:26am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1.Saya senang dapat memahami apa itu Ilmu Marifatullah.
2.Dengan Ilmu Marifatullah boleh mengenal Allah (dengan Ilmu)
3.Dengan Ilmu Marifatullah juga saya faham siapa kita, siapa Allah
4.Ilmu Marifatullah yang diajar dengan jelas dan tepat senang difahami
5.Ilmu Marifatullah dapat beri bukti yang nyata dan ringkas untuk mengenal Allah.
-Hj Ayub Bin Abu bakar, Marsiling Drive
Published on October 10th, 2009 — 9:26am
1 comment
| Leave a comment

Feedback: Hjh Sabariah Bte Ayob
Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah
Syukur! Kehadrat Allah SWT. Saya menghadiri Seminar Marifatullah Ust Hussien pada 2006. Selamanya saya hanya belajar syariat sahaja. Ramai teman-teman yang tidak menggalakkan saya menghadiri seminar ini kerana pelajaran ini terlalu tinggi. Setelah saya belajar, saya dapati cara Ust Hussien menerangkan tentang ilmu ketuhanan begitu mudah dan berkesan untuk saya memahami. Saya merasakan lebih khusyuk di dalam ibadah dan lebih tenang di dalam kehidupan seharian.
-Hjh Sabariah Bte Ayob, Bedok Reservoir
Published on October 10th, 2009 — 9:26am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya telah belajar khusyuk dalam sembahyang dan belajar bersabar.
-Jalinah Bte Sahul Hameed, Bedok Reservoir Road
Published on October 10th, 2009 — 9:27am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya dapat mengenali-Nya dan sentiasa mengingati-Nya dan tujuan kehidupan yang sebenar.
-Kamaludin B. Ahmad, Kg Kempas Baru, Johor
Published on October 10th, 2009 — 9:27am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah setelah mencapai Ilmu Ketuhanan dan Ilmu Marifatullah minda merasa tenang apabila menjalankan ibadat sembahyang dan ibadat-ibadat lain.
1.Kita merasa benar-benar mengenal Allah
2.Kita dapat membezakan antara makhluk dan Allah
3.Dapat mengerjakan ibadat dengan tenang.
-Mahawa Bte Minhat, Pasir Ris
Published on October 10th, 2009 — 9:27am
1 comment
| Leave a comment

Jurong West
Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Ilmu Marifatullah banyak merubah sikap, perangai, tutur dan cara kita berfikir. Alhamdulillah apa yang di ajarkan tidak lari dari Alquran & sunnah. Ilmu Marifatullah adalah ilmu mengenal Allah SWT. Sesudah mengenal Allah, kita mulai merasai kasih sayang Allah yang melimpah ruah yang tiada putusnya dan rasa nikmat dalam ibadah.
Melalui pengalaman kami, pada satu ketika ada seseorang yang cuba menganiaya kita, lalu kita solat hajat. Alhamdulillah gangguan tidak datang pada kita berdua. Setiap masaalah hanya perlu serah diri, Insya Allah, Allah akan bantu. Kenangan yang tidak dapat lupakan, saat itu kami tidak kecukupan wang untuk bayar bill. Saat itu kami sedang duduk dalam kereta yang kami park di tepi jalan raya berdekatan Chinese Garden MRT. Kami menangis minta bantuan Allah melunaskan bill yang bernilai 200 dolar, tiba-tiba kami nampak duit 2 dolar atas tanah di luar kereta kami lalu kami cepat-cepat mengambilnya. Kami sedar duit itu bukan kami punya, lalu kami masukkan dalam tabung masjid. Pada keesokkan hari nya kami mendapat 200 dolar dalam account bank. Kami tidak tahu siapa yang masukkan ke dalam nya. Alhamdulillah Allah selesaikan masaalah kami begitu sahaja. Sehingga sekarang keyakinan kami terhadap perjalanan Marifatullah semakin menebal, akhirnya kehidupan kami hanya tinggal ibadah. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ustaz Hussien.
-Mariam Bte Mohamed, Siti Arizah Bte Md Isa
Published on October 10th, 2009 — 9:31am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Terlebih dulu saya minta maaf. Saya tidak tahu apa itu Ilmu Marifatullah. Selepas saya mengetahui Ilmu Marifatullah itu saya dapati diri saya banyak berubah. Salah satu daripadanya saya tak cepat marah dan banyak bersabar. Bila ada masaalah saya dapat hadapi dengan mudah. Saya berterima kasih kepada kawan saya yang bernama Nafsiah & Ustaz yang mengajar Ilmu Itu.
-Melor Jaafar, Bedok Reservoir
Published on October 10th, 2009 — 9:37am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
2.Daripada kegelapan kepada cahaya terang
3.Dapat membezakan antara Hak dengan Batil
4.Dapat melembutkan hati yang keras
5.Ilmu yang sangat-sangat memberi saya agar lebih tawaduk, memantapkan lagi keimanan dan ketakwaan.
-Misran Bin Karsadi, Pending Road
Published on October 10th, 2009 — 9:37am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, setelah dianugerahkan Ilmu Marifatullah ini saya dapat mengerjakan solat dengan khusyuk. Dapat merasakan Dzat Allah meliputi segala sesuatu dan yang lain adalah tidak wujud.
Allah mengajar kita redha dengan Qada’ dan Qadar-Nya. Terimakasih kepada Ustaz Hussien dan sahabat-sahabat yang banyak membimbing saya.
-Mohd Anis Bin Mohamed Ariff, Skudai, Johor
Published on October 10th, 2009 — 9:38am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Sebelum ini, hal-hal tentang ugama sungguh cetek sekali. Rukun iman dan rukun Islam tahu sekadar nama aje. Tentang berkesanan langsung tak ada. Apatah lagi mengenal Allah, sama sekali jauh. Hidup saya tidak menentu, stress setiap masa, tidak ada arah tujuan dan pegangan hidup tiada.
Selepas mengenal Ilmu Marifatullah, Subhanallah hidup saya berubah serta-merta. Saya menangis betapa daifnya saya sebelum ini, cinta dan rindu saya pada Allah sungguh bermakna dan mendalam sekali.
-Noor Azhar Bin Md Rosely, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:38am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillahir Rahmanir Rohim.
Pada mula Allah dikenal pada jalan syariat-Nya. Di tunjukkan ilmu tauhid dengan dalil-dalil-Nya. Mula diperkenalkan tasawwuf, lalu keinginan mengenal Allah berkobar-kobar. Pada mula mencari Allah, saya di perkenalkan ilmu Marifatullah dengan jalan “Nur Muhammad”, kerana dapat ilmu-ilmu yang didorong dengan keduniaan, tiada menunjukkan menuju kepada Allah, maka saya meninggalkan tempat itu,mencari Allah. Di tempat yang dituju, mengajar Marifatullah kepada Allah dengan jalan-jalan yang payah. Kerana akhir-akhir perjalanan yang di ajar tiada mengajar kepada Syariat Nabi Muhammad SAW. Lalu di tinggalkan tempat pengajian. Setelah di desak Illahi, janji untuk membawa keluarga pada mengenal Allah, lalu Allah membuka jalan menuju kepada-Nya. Pada permulaan belajar, Ustaz Hussien memperkenal Marifatullah pada hari yang sama. Tiada pernah jalan kepada Allah di buka dengan spontan. Tiada pernah sama yang di lalui ilmu Marifatullah yang di pelajari dahulu. Perkenalan di buka langsung menuju kepada kesedaran yang jati. Alam ini di pandang hanya pada kehadiran-Nya. Ingatan kepada-Nya tiada dapat di hilangkan lagi. Sentiasa urusan Allah yang di lihat. Pembukaan ilmu Loh Mahfuz amat terserlah, hingga menunjukkan Qada’ dan Qadar-Nya dapat di imani dengan yakin.
Hanya Jauhari mengenal Ma’nikam, Wabillahitaufiwalhidayah.
-Mohd Nassir Bin Osman, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:38am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan Ilmu Ma’rifatullah saya :-
1.Dapat mengenali Allah dan memahami banyak tentang nikmat iman dan Islam.
2.Saya dapat merasakan nikmat ibadah yang benar-benar kerana Allah.
3.Hidup lebih stabil, bertujuan dan tidak lagi terapong-apong dengan masaalah-masaalah duniawi.
-Nuraziana Bte Mohd said, Choa Chu Kang
Published on October 10th, 2009 — 9:38am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Terimakasih Ya Allah kerana mengizinkan saya mempelajari ilmu “Awaluddin Marifatullah” melalui Ustaz Hussien. Selama apa yang saya pelajari, saya dapat memahami dengan mendalam pengertian matahati, Qada’ dan Qadar, Dzat dan Loh Mahfuz serta makam ihsan. Setiap kali saya mempelajari ilmu ini, hati saya yakin, tenteram dan bahagia. Saya bersyukur sangat, semoga Allah mengizinkan saya mempelajari ilmu ini hingga akhir hayat saya dan terimakasih pada Ustaz Hussien yang saya hormati.
-Samsiah Ismail, Bishan
Published on October 10th, 2009 — 9:40am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Ramai yang mengatakan Ilmu Marifatullah ini terlalu tinggi untuk dipelajari. Padahal Awaluddin Marifatullah, awal agama mengenal Allah. Inilah jalan yang termudah yang pernah saya pelajari. Dan kini saya dapat menyampaikan ilmu ini pada saudara-saudara saya dikampung Banyuwangi. Hidup saya sebelum berMarifatullah jauh berbeza. Perubahan gaya hidup dan cara pemikiran saya amat ketara di kalangan keluarga dan teman.
Setelah mengikuti kelas Marifatullah bimbangan Ust Hussien saya menjadi orang yang penyabar dan redha dengan segala ketetapan Allah. Dengan sentiasa mengingat Allah hati akan menjadi tenang itulah amalan yang Ust terapkan pada saya. Pengalaman saya berdepan dengan bapa dan mertua saya yang sedang nazak betul – betul memberi kesan yang mendalam pada saya. Jiwa akan menjadi tenang pabila sentiasa mengingat Allah. Mereka redha untuk kembali kepadaNya. Saya pun rasa ringan tanpa setitik air mata mengiringi permegian mereka. Sebelum berMarifatullah saya tak dapat terima orang yang saya sayang meninggal dunia
Anak adalah anugerah yang diamanahkan pada kita tapi Dia berhak mengambilnya kembali walaupun belum sempat anak itu lahir ke dunia. Inilah satu lagi ujian terberat bagi saya Alhamdulillah saya redha. Tidak beriman jika tidak terima rukun iman ke-6. setiap kehidupan dan kematian sudah tercatat dalam kitab induk Luh Mahfuz. Segalanya adalah milik Allah kita hanya pengamanah dan harus kembali padanya.
Saya bersyukur dapat bimbingan Ilmu Marifatullah dari Ust Hussein. Semuga Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan kepadanya untuk menyampaikan iIlmu yang bermanafat ini.
-Siti Fatimala Binti Abdullah, Bukit Batok West
Published on October 10th, 2009 — 9:41am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillaahir Rohmanir Rohim.
Terlebih dahulu saya ucapkan terimakasih kepada Ustaz Hussien Bin Abdul Latiff yang telah membimbing saya ke jalan Marifatullah.
Keberkesanan ilmu Marifatullah kepada saya ialah, barulah saya sedar bahawasanya dalam pandangan matahati, saya tidak wujud, yang wujud ialah Dzat-Nya.
-Surani Binte Soeratin, Ang Mo Kio
Published on October 10th, 2009 — 9:41am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah
Syukur! Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada Ustaz Hussien Abdul Latif kerana mengenalkan saya dengan Ilmu Marifatullah. Dengan izin-Nya, setelah saya di fahamkan oleh Ustaz Hussien, saya merasa lebih khusyuk didalam ibadah dan lebih tenang didalam kehidupan seharian, walaupun saya tidak terlepas dari cubaan dan dugaan-Nya kerana Allah SWT ada berfirman di dalam Al Quran, “Bahawasanya jangan kamu berkata kamu telah beriman sebelum Kami mengujinya.”
Dalam meniti kehidupan ini, saya sangat sangat bersyukur dengan izin-Nya, saya dapat merasakan atau melihat kesinambungan antara Dzat dan Loh Mahfuz.
-Zaiton Bte Mohabatullah, Bedok Reservoir
Published on October 10th, 2009 — 9:41am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1.Saya dapat lebih khusyuk dalam sembahyang
2.Faham dan redha akan kejadian burok dan baik pada diri saya.
3.Faham akan sifat-sifat Allah
4.Mencari ketenangan
5.Mengurangi tabiat-tabiat burok saya.
-Ashik Bin Aksin, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 9:42am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur pada Allah SWT kerana beri saya jalan ini. Jalan ini mengenalkan kita siapa lah kita di sisi Allah.
Jalan ini juga telah beri saya rasa tenang dan tidak hiraukan kemewahan di dunia. Wassalam.
-Fatimah Bte Mahmood, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 9:42am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah mengikuti seminar Marifatullah bimbingan Ustaz Hussien Bin A. Latif dan meneruskan pembelajaran ilmu ini bersamanya, saya dapati ilmu ini adalah ilmu yang paling asas dan ilmu ini dapat membawa diri seseorang kepada jiwa kehambaan yang sebenar kepada yang Maha Esa.
Akhirkata, dengan ilmu Marifatullah ini, Insya’Allah kita akan dapat mengharungi kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.
-Mohamad Noor Bin Samat, Circuit Road
Published on October 10th, 2009 — 9:42am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya dapati keberkesanan Ilmu Marifatullah ini adalah mendidik jati diri saya lebih dekat pada Allah SWT dan cara Ustaz Hussien menerangkan sangat detail dan mudah bagi saya untuk memahaminya dan menjadikan saya insan yang lebih baik dari segi mental dan fizikal. Terimakasih Ustaz. Wassalam.
-Summirah Karsadi, Jurong West
Published on October 10th, 2009 — 9:44am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Ilmu ini sangat istimewa bagi saya kerana dengan ilmu ini saya dapat benar-benar menghayati hakikat kewujudan Allah yang sebenarnya. Penerangan yang Ustaz beri sangat mudah di fahami and it’s also straight forward. Solat kini lebih bermakna dan Insya Allah dapat hadirkan kekusyukan. I would say that ilmu ini is priceless and no money can buy. I especially like the way Ustaz carry out the calss. It’s so simple and yet sangat-sangat berkesan. Terima kasih Ustaz for allowing me to be part of the class and sharing this ilmu with all of us.
-Faridah Bte Osman, Tampines
Published on October 10th, 2009 — 9:46am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada allah, setelah mendapat ilmu Marifatullah yang mana selama ini saya tanpa sedari banyak membuat kesilapan. Dengan adanya ilmu inilah saya mendapat hidayah di atas mempelajarinya yang telah di berikan oleh Ustaz. Mudah-mudahan ianya di atas keredhaan Allah. Amin.
-Mesiah Bte Hj Karsadi, Woodlands Ring
Published on October 10th, 2009 — 9:46am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah, setelah mengikuti kursus ini barulah saya mengetahui berapa INDAH DAN UNIKNYA UGAMA ISLAM. Apa yang diperkata memang benar. “AWAL UGAMA MENGENAL ALLAH”. Setelah mengenali-Nya ketahui lah saya berapa kerdilnya diri ini. SUBHANALLAH ISLAM adalah ugama PERSAUDARAAN KASEH SAYANG DAN TIDAK MENYUSAHKAN.
Ketenangan saya dapati apabila mengikuti kursus ini. Allah tidak pernah menyusahkan hambanya. Hanya kita perlu REDHA, kerana dengan KEREDAAN kita dapat menghapuskan perasaan jahat, irihati,dan kekejaman. Inilah yang saya dapat perolehi dari kursus ini, terimakasih Ustaz.
-Normah Samsudin, Ang Mo Kio
Published on October 10th, 2009 — 9:47am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Better understanding on Qadha & Qadar. Realise my purpose in life – to beribadah kepada Allah, menyembah-Nya dan mencari keredhaan-Nya. To persevere dan sabar dan redha dengan ketentuan-Nya.
-Suzana Binte Ismail, Queen’s Close
Published on October 10th, 2009 — 9:47am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillahir Rahmanir Rohim.
Bermula segala puji dan puja bagi Allah sekelian alam. Dengan taufik hidayah cahaya dan rahmat-Nya saya seolah-olah terpanggil ke majlis ilmu Makrifatullah atau “Awal Ugama Mengenal Allah” yang di bimbing oleh Ustaz Hj Hussien Bin Abd Latiff di bangunan PKMS.
Saya yakin dengan tahkiknya bahawa Ustaz Hj Hussien, ialah seorang hamba Allah yang arif dengan ilmunya yang di anugerah dan dikurniakan dari sisi Allah. Dengan yang demikian ia dapat menyusun ilmu jalan ke Makrifatullah jelas, khusus dan tepat.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin takdir Allah jua saya telah mendapat ilmu ini yang saya mencari sejak tahun 1958 (bersama seorang teman) daripada beberapa teman dan guru. Sehingga tahun 2008 baru kedapatan.
Ringkasnya apabila anda telah rapat, dekat dan di dekatkan, mengenal dan di kenali, kasih dan di kasihi, segala-gala jawapan anda sendiri yang tahu dan sedar akan perbezaan, perubahan-perubahannya. Bak kata peribahasa “Tak kenal dan tak jumpa tak akan datang cinta”. Wallahua’lam.
-Abu Bakar Bin Abd Karim, Eunos Crescent
Published on October 10th, 2009 — 9:48am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah selepas mendapati ilmu Makrifatullah hidup saya sebagai hamba Allah lebih bermakna. Kalau sebelumnya bila diuji, saya banyak mengeluh, tapi sekarang, alhamdulillah walau belum mantap (100%) saya berbalik pada Qadha dan Qadar kerana segalanya sudah tertulis di Loh Mahfuz.
-Norrahim Bin Hamza, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:48am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Ilmu Makrifatullah sangat berkesan kepada saya, ia dapat memberi ketenangan jiwa dan dekatkan diri kepada Allah.
-Bahar Bin Hamza, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:48am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Saya bersyukur di beriNya pengenalan pada Ilmu Makrifatullah ini. Ianya membuat saya untuk sentiasa redha pada ketentuanNya tanpa perlu lagi bertanya kenapa / mengapa setiap sesuatu itu terjadi. Walaupun saya belum ‘sampai’ kepada peringkat yang jauh, tapi saya tetap bersyukur pada pemberian Allah ini. Semoga dengan izinNya, saya akan memperbaiki diri selagi terdaya. Amin.
-Rohanee Bte Abdul Hamid, Tampines
Published on October 10th, 2009 — 9:48am
1 comment
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
Kursus ini berkesan kerana :
1.Ia membawa kesedaran tentang pentingnya Ilmu Makrifatullah dalam kehidupan kita.
2.Ilmu yang di sampaikan mudah di fahami dan
3.Ilmu yang di pelajari boleh diamalkan oleh setiap insan.
-Ustaz Hj Rosman Bin Hj Mohamad Al-Habsyi, Rivervale Crescent
Published on October 10th, 2009 — 9:50am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini keatas diri saya :-
My mind is much more open now and the journey is much more clearer now comparing to the days when I was in this tariqa whom the mursyid supposedly to be the sultan aulia. It’s a journey with no boundaries. Now I’m able to talk about my creator openly to my relatives, friends and strangers, even non-muslims. I’m able to approach God directly without any medium or a third party. I’m seeing life on a day by day basis following the flow, submitting my will, accepting the divine decree. Life is much more simpler now.
-Muhammad Fazly Bin Jumaad, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:51am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifat ini keatas diri saya :-
I now understand the reason for my past. With such traumatic childhood, it was hard going through even a normal life without the past negative flashbacks. I’m even afraid to put high hopes on my marriage. All my life, I was made to believe that I was guilty of putting my father behind bars. I was even disowned by my own mum. With this knowledge, I had succumbed to my fate and what was decreed upon me. All along, God had helped me, pulled through the rough edges. I’m optimizing the communion with God, daily and experiencing miracles of life and his answers.
-Nur Alisha, Woodlands
Published on October 10th, 2009 — 9:51am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Makrifat ini keatas diri saya :-
Setelah mengikuti kelas Makrifatullah ini, timbul satu kesedaran bahawa segala sesuatu itu sebenarnya milik Allah semata-mata. Kita sebenarnya tidak mempunyai sesuatu apapun. Jadi manusia tidak layak untuk takabur di atas muka bumi ini.
-Rubiah Bte Sahri, Jelapang Road
Published on October 26th, 2009 — 7:04am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Bismillaahir Rohmanir Rohim.
Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberi kesempatan dan terpilih untuk menghadiri kelas seminar Ilmu Makrifatullah pada 30/12/2007 dengan bimbingan Ustadz yang berpengalaman yang berbahagia Ust. Hj. Hussien yang memegang kunci Ilmu Makrifatullah di rantau ini dengan sangat berkesan. Alhamdulillah sehingga saya dapat meyakinkan adik-adik dari Batam untuk turut serta menghadiri kelas seminar Ilmu Makrifatullah dan juga adik-adik dan anak-anak dari Batam dan Tg. Pinang mengikuti kelas Internet. Dengan izin Allah kini saya merasa seolah-olah sesuatu yang baru dalam kehidupan ini dan benar-benar saya dapat merasakan Kebesaran dan Kehadiran Allah sehingga saya dapat meyakini dan mengimani Qada’ dan Qadar serta melihat peranan Loh Mahfuz dengan jelas segala urusan dan ketentuan-Nya samaada buruk dan baik semua nya sudah tertulis tanpa di ubahsuai dan campur tangan siapa sekali pun, tidak perlu di pertikaikan dan meragukan serta mengeluh resah, sentiasa lah redho dan berserah diatas segala kejadian yang telah di tentukan.
Semuga dengan bimbingan Ustd. Hj. Hussien dan dengan izin Allah mudah -mudahan saya terus maju kehadapan melangkah masuk hingga jauh kedalam melalui pintu gerbang Ilmu Makrifatullah yang telah di buka dengan selebar-lebarnya. Amin. Subhanallah.
-Maarof Bin Sedek, Anchorvale Link
Published on October 26th, 2009 — 7:06am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya menjadi lebih tenang, tenteram, aman, damai, redha dan ikhlas serta rasa cinta pada keindahan, kenikmatan dan Rahmat yang Allah anugerahkan. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin.
-Hussin Bin Abu Bakar, Woodlands Ring
Published on October 26th, 2009 — 7:08am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Allhamdulillah. I was given the chance and choosen by Allah SWT to get this knowledge on Makrifatullah and I’m thankful to Ustaz Hussein who have pass down this knowledge to us. The efficiency of this course/knowledge has made a great impact in my life. Making me a stronger person to overcome obstacles in life, knowing that Allah SWT will always be with me wherever I go. He will be for me whenever I need help. Humans are unable to do anything without Allah’s consent. I hope that this knowledge that I have gotten can spread to a larger group of people, maybe all around the world , so that they can share and feel the pleasure of knowing our one and only god, ALLAH SWT.
-Muhammad Haziq Raheeman, Hougang
Published on October 26th, 2009 — 7:09am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Setelah saya sudah kenal Ilmu Makrifatullah saya dapat solat dengan tidak merasa resah.
-Riduan Bin Md Sah, Pasir Ris
Published on October 26th, 2009 — 7:11am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya memang telah lama mencari-cari ilmu seperti ini. Apabila saya terbaca iklan mengenai ilmu ini, saya terus mendaftarkan diri untuk menyertainya. Pada bulan Dec 2008, kawan saya, Aqilah, mengajak saya untuk mengikuti kelas lanjutan. Alhamdulillah, penerangan-penerangan Ustaz yang terang dan jelas mengenai ciptaan-ciptaan Allah, Qada’ dan Qadar dari azali hingga dunia kiamat, sungguh bermanfaat kepada saya.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi sebab dengan pelajari ilmu ini, sekarang saya berasa lebih tenang, redha, tabah hati dan bersedia mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran ini.
Semoga Allah berkati hasrat murni Ustaz mengembangkan ilmu-ilmu makrifatullah ini. Salam sejahtera. Wassalam.
-Saffiah Binti Mohamed, Bedok North
Published on October 26th, 2009 — 7:12am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan izin dan rahmat Allah, ilmu makrifatullah memantapkan lagi keimanan dan memperteguhkan aqidah serta membimbing kejalan yang lurus. Lebih mengenali diri sendiri dan yang Maha Dzat. Rasakan ketenangan dalam hidup dan kenikmatan dalam beribadah.
-Sukarti Marzuki, Tanah Merah Kechil Road
Published on October 26th, 2009 — 7:12am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Saya dapati keberkesanan Ilmu Makrifatullah ini amat baik dan sempurna sekali dalam diri saya lahir mahupun batin. Cara penyampaian Ustaz Hussien ini amat terperinci dan mudah di fahami dan menambah lagi ilmu pengetahuan saya. Terimakasih Ustaz Hussien. Wassalam.
-Abdul Salam Bin Ghani, Jurong West St 74
Published on October 26th, 2009 — 7:13am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Kursus ini membuat saya merasa lebih dekat dengan Allah..
-Hjh Suminah Bte Hj Hussein, Boon Lay Place
Published on October 26th, 2009 — 7:16am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1. Makrifat cara Ustaz lebih senang.
2. Cara penyampaian lebih padat dan terperinci.
3. Dapat merasai dekat dengan Allah.
4. Dapat memahami isi Al Quran dengan terbuka.
-Mohd Ridwan B Idris, Tampines St 33
Published on November 19th, 2009 — 4:27am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1. Kami mengenal Ilmu Makrifatullah melalui abang kami iaitu Bang Ma’rof dan kami sangat berkeinginan untuk lebih dalam mengenal Ilmu Makrifatullah dan kami datang ke Singapura untuk mengikuti seminar dan kelas selanjutnya.
2. Dalam mengikuti kelas yang di pimpin Ustad Hussien, kami sangat berkesan dengan Loh Mahfuz, yang mana dalam penjabaran nya menerangkan apa-apa kejadian di dunia ini semua sudah tertulis di dalam Loh Mahfuz.
-Elly Nurliyah, Batam, Indonesia
Published on November 19th, 2009 — 4:30am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Maha Suci Allah, keberkesanan Ilmu Makrifatullah kepada saya dapat menjadikan diri saya dari sifat kasar kepada sifat yang lebih baik dan dapat memahami lebih baik qada’ dan qadar Allah.
-Mohd Daud, Batam, Indonesia
Published on November 21st, 2009 — 9:45am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah saya sukacita bahawa dengan mempelajari ilmu ini saya dapat mengenal sang pencipta alam semesta. Terima kasih.
-Buhari Bin Karsadi, Choa Chu Kang Central
Published on December 7th, 2009 — 5:19am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
1. Kita boleh berfikir secara kritikal.
2. Mematangkan fikiran.
3. Meluaskan pengetahuan lebih mendalam rohani dan jasmani.
4. Menyehatkan akal fikiran, jasmani dan spiritual (jiwa).
5. Latihan mengingati Allah telah menjadi sebati di dalam diri kita.
– Hanisah Bte Abdul Rahman, Choa Chu Kang
Published on December 7th, 2009 — 5:23am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Dengan mengikuti Ilmu Makrifatullah saya merasa bahwa saya menjadi lebih tenang daripada dahulu. Saya memang merasa ilmu agama saya belum banyak, tetapi semenjak belajar Ilmu Makrifatullah hati dan pikiran saya menjadi lebih terbuka, dada terasa lebih lapang. Sekarang ini saya berusaha untuk ikhlas dalam menerima situasi dan kondisi apapun jua. Baik susah maupun senang dan sebenarnya saya ingin selalu belajar Ilmu Makrifatullah lagi dan lagi.
-Suharni, Batam, Indonesia
Published on December 19th, 2009 — 2:43am
no comments yet
| Leave a comment

Keberkesanan Ilmu Marifatullah ini keatas diri saya :-
Alhamdulillah. Dengan taufik dan inayah setelah saya mengikuti kursus ini, sedikit sebanyak saya banyak dapat belajar tentang Ilmu Makrifatullah ini. Dari itu saya begitu kagum menerusi huraian Ustaz padat dan jelas. Terimakasih.
-Idris Bin Mohammed, Bedok Central