Tag: Amran Abdul Wahab


Aku Merasai Kewujudan Mu

January 31st, 2010 — 6:59pm

Bila aku berseorangan
Terasa tidak bersendirian

Lihatlah bulan ….
Tinggi nun jauh di awan
Nampaknya bersendirian …
Tapi kalau kita perasan
Dia berteman bintang bintang
Yang bertaburan nan berkerlipan

Terasa diri ini
Didalam kegelapan
Namun kegelapan di dalam terang
Tiada ku sedar
Cahaya yang ada di dalam kelam ….

Kedingingan menyelubungi pagi
Kesejukan menjerut tubuh  ini
Hingga ke tulang belulang
Namun badan ku tetap hangat
Walau di mamah dingin subuh
Bersyukur aku kerana di kasihi …

Jasad ku diam
Mata turut pejam
Hati dan minda berjuang
Terasa di hujung jembalaku
Terbuka ruang …..
Sepi mendalam
Sukar hendak ku bayangkan

Menjadikan  aku tenang
Kebimbangan mula hilang
Aku di ruang ….
Di suatu ruang yang tidak ku faham
Terasa di genggam ….

Airmata berlinang ..
Tidak tahu kenapa
Minda ku hilang ..
Gementar tubuhku
Berskala Richter tujuh kekuatan goncang ..
Hingga rongga ku bergetar

Namun nikmatnya ….

Aduhai …

Tidak mahu aku lepas kan
Perasaan ini ..
Namun ia datang dan pergi …

Apalah daya ku
Itu pengenalan Mu

Engkau saja Yang Ada
Engkau saja yang tahu

Terima kasih Allah


Amran AW
25  Jan 2010

Comment » | poetry

Siapa Allah … Suatu Pertanyaan …. Atau ….

January 24th, 2010 — 10:55pm

Siapa Allah … Suatu Pertanyaan …. Atau ….

Ada yang bertanya
Siapa Allah ?
Jawapan ku mudah
Dia Tuhan Yang Maha Esa

Aku di gagahi …
Entah mengapa …
Berbagai interpretasi yang di tonjolkan

Aku di asak lagi
Siapa Allah ?
Jawapan ku mudah
Dia yang nyata
Terselindung dari si celek mata

Aku di marahi lagi
Bagai kacang direndang [1]
Soalan di-ulang lagi

Di tanya lagi ..
Siapa Allah ?

Jawapan ku ..
Ikhlas … [2]

Tuhan ku …
Allah yang Maha Esa
Tidak di peranakan ..
Dia tidak pula beranak …
Tidak sesiapa yang menyerupaiNya

Itulah Allah
Tuhan ku ….

Siapa Allah ?… Suatu Pertanyaan ….
Atau …..
Aku mahu di permainkan

Maha suci Allah
Aku tidak lari dari pegangan
Insya-Allah

Aku ….
Yang tiada daya upaya ..
Lindungi lah aku ..
Engkau yang sudah ku kenal

Amran Aw
19 Jan 2010

[1] simpulan bahasa – Bunyi suara yang tak putus-putus
[2] surah al ikhlas

2 comments » | poetry

Di Dalam Catatan Buku Tiga Lima-Nya

December 29th, 2009 — 5:54am

oleh Amran Abdul Wahab

Mengapa kita membiarkan diri
diperkosa oleh perasaan bimbang dan resah ..
musibah belum mendatang
tetapi trailer bermain di onak
melebihi tayangan perdana …..

Kita gelisah ..
gelisah dan gelisah …
tiada henti ….

Lupa kah kita ….
apa apa kejadian yang belum terjadi
sudah mendahului kita
sebelum kelahiran kita …

Lupa kah kita
bahawa kita ini
pendokong watak watak
dalam sandiwara dunia
sama ada kita ini krok
atau hero ..
kita tak ada harapan untuk menolak nya
kita ni siapa …..

Kita umpama benang berkait jarum
dikait bengkok
tak dikait pun tak lurus ..

Kita sudah tersirat dalam suratan-Nya
itulah qada dan qadar-Nya
hanya kepada-Nya lah kita menyembah
hanya kepada-Nya juga kita memohon pertolongan
ingatlah itu pun kerana Rahmat Nya
kita tiada daya dan upaya …
dengan keinsafan ini
berserta kebesaran Nya …..
dapatlah kita bersyukur dan mengerah kepada- Nya
secara mutlak …

Semoga Allah menolong diri ku
Berjalan di atas sirahtul mustakin …

Amin ….

Amran AW
28 Dec 2009

2 comments » | poetry

Lima Belas Saat Kemudian

November 21st, 2009 — 9:55am

Lihatlah di sekeliling kamu
betapa indah nian ciptaan Tuhan
alam yang berwarna warni…
kicauan bunyian ungas
desiran air terjun berirama kesyahduan
ahhhh… indah lukisan Tuhan…

Pada yang beriman
tiada apa kedengaran di kupeng nya
tiada apa terlihat dek mata nya
tapi …..
hanya Rabb Nya
yang ada …..
susah nak di kata
oleh mulut nan berdosa ..
hanya minda jauhari tahu
nilai nya manikam …

Yang dalam kefanakan cinta dunia..
menjadi alpha ..
hilang didalam khayalan
tiada haluan …

Namun lima belas saat kemudian

Tanpa disangka…
perubahan datang mendadak…
yang menderita bertambah merana
yang bersuka ria jadi derita
yang terlupa ..
aduuuuuuh… apa yang hendak dikata…

Tergesa gesa beringat semula
masa sudah terlambat
sudah hilang daya
minda hilang kuasa
dek diselimuti lalai dan lupa…

Kepada Nya jangan engkau tanya
Kerana Kuasa Dia punya
Kebenaran hak milik Nya
Dia berhak mengurniakan
kepada sesiapa saja Dia suka….
engkau yang memerlukan
Rahmat Nya….

Mampukah engkau redha
sebagaimana Dia meredhai mu

Jangan sesudah lima belas saat kemudian

Engkau hilang pegangan …
Engkau hilangan arah tujuan

Ingatlah …

Dugaan Nya amat sukar
Untok engkau tawan ….
Kepahitan Nya
Amat sukar untuk engkau telan

Dia tidak menzalimi kita sekelian ….
Kalau engkau sayang Kepada Nya

Sentiasa lah ingat kepada Nya
Yang Maha Kesian …
Yang kaya Rahmat
Pasti tiada kesukaran

belum sempat mata mu berkelipan
engkau dapat penjelasan
dapat engkau meraihkan

Nanti engkau faham
bahawa engkau ini ciptaan
oleh Yang Maha Ihsan ….

Dari Dia kita datang ..
kepada Dia kita kembali …

Ya Allah …. berilah aku keredhaan Mu
Aku tiada mahu kerugian
walaupun sesaat ..
berilah aku kefahaman
agar aku dapat mempraktikkan
Amanat Mu …
Yang gunung pun tidak mahu kerjakan ….

Plilihlah Aku
Mengarung jersi Mu …
Orang dibawah Rahmat Mu…

Amin
Aku yang mengharapkan

Amran AW
20 Nov 2009

2 comments » | poetry

Dian

November 21st, 2009 — 9:52am

Sinarmu

Menghilang
sekian lama

Sumbu mu
Membakar cahaya
mengapa tiada menyala …

Cahayamu
tidak memancar
malap benar ..
walaupun pelita ku
tampak menyala ..

Oh….
Aku masih ternoda..
masih kotor dengan dosa…

Baru aku sedar
kenapa dian ku tiada cahaya

Kerana aku masih ternoda

Ampunkan aku duhai Rab
terima kasih….
diatas deguran Mu

Amin

Amran AW
20 Nov 2009

Comment » | poetry

Bercinta Itu Sakit

November 21st, 2009 — 8:58am

Kalau ku tahu bercinta sakit
tidak ku mula se dari mula
demikian rangkap lagu SM Salim
memang ada benarnya
apabila sudah bermula merindu
bila tiada bersua
aduh terasa sakit jiwa …

Fikiran berkocak dan bergolak
sepintas perahu dipukul ombak
curiga, cemburu, marah berojak
apa dibuat semua dak kena
tidur pun tiada lena
kasih sayang adalah fitra Nya
yang bernyawa pasti memerlukan nya

Bila mula kenal pada Nya
aku resah gelisah …
bermacam-macam prasangka
berojak di benak kepala
kusut-masai fikiranku…..
jiwa ku mengalami tsunami

Diriku mula tiada terbela
mengelamun saja
mencari cari…
tiada apa yang ku fikirkan
hanya Dia

Hampir hanyut perahu ku layari
berkemudi tidak, berdayun pun tidak
mengunakan layar jauh sekali
aku terapung …
di permukaan lautan marifat …
diriku kehilangan segala-gala nya

Di kala itu datang seekor burung camar
memanduku kearah tujuan
Syukuran…

Baru ternampak kilauan bintang
nan bertaburan di dalam cekaman Nya
memanduku kearah kiblat ….
ke arah tujuan …
pada yang Satu..

Tuhan yang satu …
hanya Dia …

Bukan ciptaan Mu
yang membawa perahu ku
sampai ke perlabuhan Mu ..
tapi Rahmat Mu

Terima kasih
Ya Rab …

Allah ..
Allah ..
Allah ..

Tiada kata yang dapat
aku cantek kan bahasa
bila aku mula sujud kepada Mu
dengan penuh produktif

terketar ketar aku menahan
panah kurnia Mu

Dengan sepenuh harapan
setinggi gunung
aku mengharapkan
Rahmat dan Rahim Mu

Sungguh kata orang bercinta itu sakit
Kalau tidak manakan terasa
nikmat nya kurniaan Mu
izinkanlah aku mengecapi
kemanisan kasih Mu

Doaku
Ya Allah…

Kabulkan lah
harapan ku ….
jangan biarkan lagi ….
aku terkapai kapai …
setelah nikmat Mu
kau kurniakan

Tak mahu
aku lepaskan

Amin ..

Amran AW
19 Nov 2009

Comment » | poetry

Tikar Mengkuang

November 19th, 2009 — 4:08am

oleh Amran Abdul Wahab

Tikar mengkuang amat cantik pada rupa
Lembut mata memandang

Pandan mengkuang diraup rapi
Di anyam hingga terbentang menjadi
Tidak senang mengayam
Jika tiada kemahiran yang tajam
Terluka tangan
Jari jemari menjadi kasar
Malu dipandang orang
Kalau jejari nak dara sunti ..

Jika mahu berharga tinggi
Tikar diwarna-warni
Dengan sentuhan seni

Begitu jua minda hati
Mesti di raup di buang sarang
Agar sifat kedengkian hilang
Agar ke egoan mati kecundang
Agar sudah tiada tersalah pandang

Kalau mahu menjadi tajam
Mestilah diri selalu menyepi
Kepada Ilahi selalu dipandang
Mulut nan celupah wajib di patri

Biar selalu berendam si air mata
Agar minda hati menjadi terang
Tiada lagi ianya buta
Baru terasa Rahmat Ilahi

Mula terasa diri tiada kuasa
Nasib dirimu telah lama nyata
Sebelum engkau ada
Apa lagi yang nak di sengketa

Kalau sudah sampai ke peringkat ini
Diri kita mesti sentiasa di jaga
Agar tiada senasib  si tikar mengkuang
Walau lama dipakai serta dijaga
Tikar mengkuang akhirnya rosak juga
Bila berlapok dibuang orang

Samalah juga keimanan diri
Bila syirik kecil tiada dirasa
Ijab mula berselaput semula
Punahlah segala usaha
Busana diri hilang semula
Turun naik tidak penat ke ?

Tapi tiadalah mengapa
Kerana diri ini mesti diasak juga
Kalau tidak masa kan bisa
Kita bermunajat kepadaNya
Dia juga mahu menduga kita
Sejauh mana pengakuan kita
Jangan seperti menanam tebu di tepi bibir saja

Hujung minggu masih beli ekor kuda
Tapi mengaku rindu pada Nya
Yang Maha Esa

Maha Suci Allah
Agar kita berada di dalam Rahmat Nya

Amin

Oleh
Amran Abdul Wahab

18 Nov 2009

Comment » | poetry

Kemelut ekonomi

November 19th, 2009 — 3:50am

oleh Amran Abdul Wahab

  

Ekonomi yang meleset
Mengugat ramai jiwa
Keloh-kesah …
Kedengaran sini sana …
Menguburkan desiran
Hiruk pikuk bandar
Yang sentiasa sengketa…..

  

Anak anak Adam
Dirundung malang
Makan tak lalu tidur tak lena
Terkena sawan ekonomi muram …

  

Jejari menuding
Perancang belanjawan
Melarikan ribuan billion dollar
George Bush pun tak terhindar
Dari cemuhan mereka …

  

Anak Adam lupa diri
Tak memandang pada Illahi
Yang mengadun rempah ratus
Hidup ini …

  

Dari mana rezki mari
Tanya kawan India ku
Jawabku dari Ilahi …

  

Jawapanya selamba sekali
Saya yang cari
Peloh keluar penat lagi
Macam mana awak kata
Dia yang beri

  

Penerangan
Aku beri

  

lagi
Dia mengeleng kepala
Entahkan setuju
Entahkan menidak-kan nya …

  

Aku tak ambil kira
Hujah hujah Tambi ini
Kerana

  

..
Ugama nya kepercayaan dia
Ugama ku aku percaya
Ugama ku ditauliah
Yang Maha Esa …
Kepastian aku jaga
Itulah tauhid nyata ….

  

Duhai kawan dan teman
Jangan di layan duka
Apa jua yang meleset
Usah gundah gulana
Kan Allah ada
Dia yang mengurnia

  

Jangan kau bertemankan
Syaitan iblis qarin durjana
Sepintas mereka mengusik
Kau melatah
Lupa segala …
Kau lupa akan Tuhan kita

  

Jangan kau lupa firman Nya
Ingatilah Aku
Pasti Aku mengingati mu

  

Berpada padalah teman
Ingatkan Allah selalu
Dia tak jauh dari kita ….

  

Maha Pencipta
Siapa lah kita …

  

Subahannallah
Dia ….
Yang maha mengetahui
Yang tahu segala
Tak dapat kau bersembunyi dari Nya

  

  

Amin.

  

Amran Aw
Singapura
18 Nov 2009

1 comment » | poetry

Allah Jua Yang Tahu

July 17th, 2009 — 10:28pm

oleh Amran Abdul Wahab

Mana saja engkau bersembunyi
Tiada tempat tiada ruang
Yang kau boleh bersembunyi diri
Dalam gelap pun Allah tahu
Apa ilmu yang kau guna pakai
Jangan kau mahu temberang
Kau bukan hero
Si Mamat parang tajam
Yang kaki temberang

Allah jua yang tahu
Akan tingkah laku mu
Dia tiada perlu kehadiranmu
Hanya Dia mahu engkau sujud padaNya
Itu pun sukar buat mu
Berbagai alasan kau lagukan
Berbagai rentak kau tari kan
Kau ingat kau dah pandai
Kau lupa daratan
Engkau perkecilkan Tuhan

Allah jua yang tahu

Depan guru …..
Depan sahabat …..
Kau sungguh hebat
Pijak semut pun tidak mati
Engkau lupa Allah Maha Tahu
Dengan siapa kau hendak menipu
Insaflah diri mu
Berlebihan derajatmu

Tanpa Allah
Kamu ada ke
Wujud Allah
Wujud ke kamu

Sesungguhnya
Dia dekat dengan mu
Lebih dekat dari urat tengkok mu
Tiada ke kau malu

Sesungguh nya
Allah Maha Tahu

1 comment » | poetry

Lights

June 19th, 2009 — 11:45pm

written by Amran Abdul Wahab

If you dim the light  ….

What will you see?
If you killed the light will you see?
Is this mysterious ….
Or does mystery occurs by itself…
Tell me friends…

From afar you see …..
A sparkle dim light
Seem too bright for the naked eyes
An inch away will blind your sight
That’s goes for the Essence of All Mighty
Even Moses is prohibited to see
At Mount Sinai fainted He
At the sight of The Light

I seek your guidance
To be within Your Circle of Light
Oh Mighty One ……
Nor can I see the present of Thy Essence

Just to be with You
In the arm of Your Lights of Iman…
Only will I feel safe
Oh Mighty One
Bless me  ….
Oh You The Mighty Essence
That’s all just what I ask…

Please grant me…
Oh One and Only Mighty Gracious
Shower me with Your Light
For to Thee astray
I should not be…

Let me be in Your arm….

Amin ….

Comment » | poetry

Jam Dinding

June 8th, 2009 — 6:09am

oleh Amran Abdul Wahab

Walaupun kau berdetik bising
Namun kau tidak pernah runsing
Engkau pengamanah
Manusia juga yang lalai kering
Mata selalu menjeling
Memperhatikan tanganmu berpusing
Bukan untuk menunggu masa yang terjamin
Di hujung waktu mula mengelapah
Baru berwuduk mencari sejadah
Mahu merendahkan diri pada Si Penjamin

Wahai jam dinding
Engkau sungguh ta’at menjalankan tugasan mu
Tiada pernah engkau menerima rasuah
Untuk melambatkan waktu
Begitu juga kawan rapatmu
Hang mentari, Sri purnama
Kamu berganding bahu
Menjalankan perintah Tuhan mu
Sesaat pun engkau tidak pernah jemu…
Taat selalu…

Wahai jam dinding
Aku tahu engkau memang amanah
Pada Tuhan mu
Yang juga Tuhan ku

Demi masa …..
Firman Allah Tuhan semesta
Kerugian bagi mereka yang melekakan kamu
Meranalah nanti mereka di hari tua
Masa muda mereka membuang masa
Masa berada pula berfoya-foya
Membuang harta dan masa begitu saja
Mengigit jarilah nanti akhirnya

Wahai jam dinding
Engkau penjaga waktu
Ramai yang tidak mengendahkan kamu
Sesaat detikmu
Nilai manusia menjadi sia-sia sesaat itu
Kesedaran tiada wujud
Bagi yang melekakan kamu

Wahai jam dinding
Bila kau berhenti berpusing
Waktu itu tiada sesiapa pedulikan sekeliling
Di waktu itu pintu taubat sudah menjadi asing
Padang berumput menjadi kering
Bumi dan langit dilipat tidak bertebing
Kerugian manusia pasti terjamin

Wahai manusia beringatlah selalu
Ingatlah akan firman Tuhan mu
Ingatlah akan pesanan Rasul mu
Masa tiada waktu mengejar kamu
Jangan biarkan dirimu mengejar waktu
Hormati lah masa
Waktu itu baru  berharga diri kamu

Demi masa…
Benar firman Tuhanku

2 comments » | poetry

Back to top